saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 17/04/2007

Nora, Karen tinggal serumah

BUKAN mudah duduk serumah dengan mereka yang tidak punya apa-apa pertalian darah. Tetapi bagi penyanyi yang dilahirkan daripada program realiti TV paling popular, Akademi Fantasia musim ke-4 - Nora dan Karen, semua itu dapat diatasi kerana minat dan mengejar impian yang sama.

Sejak enam bulan lalu mereka duduk serumah di apartmen tiga bilik yang disewakan oleh pihak pengurusan mereka, Maestro Talent.

Apabila duduk bersama, ia bukan sahaja mendekatkan lagi hubungan mereka malah yang lebih penting bagi Nordawati Daud, 21,(Nora) dan Karen Tan Lee Suan, 22, (Karen), mereka dapat sama-sama mempertingkatkan bakat seni masing-masing.

“Sejak AF4 berakhir, kami duduk bersama di apartmen ini bagi memudahkan perjalanan dan aktiviti seni kami kerana kami tidak ada kenderaan. Jadi ke mana kami pergi, ia akan diuruskan oleh pihak Maestro.

“Walaupun ada yang beranggapan ini mengongkong kebebasan kami tetapi sebenarnya kami seronok kerana masih dapat meneruskan pembelajaran dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan seni bersama.

“Beberapa minggu di AF belum cukup membimbing kami untuk menjadi seorang artis, jadi hingga kini kami masih mengikuti kelas tarian, drama dan teater,” cerita Nora dan Karen.

Menurut Nora dan Karen, mereka berdua kini sedang dalam latihan untuk pementasan teater Lorong Blues arahan Fauziah Nawi.

“Latihan seminggu tiga kali di Rumah Pena secara tidak langsung mengajar kami teknik berlakon dengan lebih mendalam di samping cara pernafasan yang betul,” kata Nora.

Selain menampilkan Nora dan Karen, teater yang akan dipentaskan Ogos ini itu turut memberi peluang kepada Faizal, Didi dan Haziq.

“Kami harap dengan berlakon dalam teater berkenaan, ia akan dapat menonjolkan kami bukan sahaja sebagai penyanyi malah juga sebagai pelakon.

“Ini adalah penting kerana kami mahu dikenali sebagai artis yang serba boleh dan bukannya penyanyi semata-mata,” kata Karen.

Sebab itulah hingga kini, Karen dan Nora masih mengikuti kelas tarian yang dikendalikan Linda Jasmin, kelas berlakon pula di bawah tunjuk ajar Marlia Musa.

Kedua-dua kelas ini dijalankan di Studio Linda Jasmin di Ampang setiap hari Selasa dan Khamis dengan yuran bulanannya diuruskan oleh pihak Maestro.

Bagi segelintir penyanyi baru, mempunyai sebuah album sendiri adalah sesuatu yang amat bermakna. Begitu juga dengan dua penyanyi baru ini yang sentiasa menantikan kelahiran album mereka.

Bagaimanapun menyedari Maestro mempunyai bilangan artis yang ramai, Nora dan Karen sabar menanti giliran untuk rakaman album mereka.

“Memanglah saya inginkan sebuah album sendiri tetapi saya juga harus fikirkan tentang teman-teman yang lain terdahulu daripada saya.

Namun saya tetap bersyukur kerana diberi peluang muncul dalam album kompilasi dengan lagu Pelangi Cinta ciptaan Adnan Abu Hassan,” kata Nora.

Bagi Karen pula dia sanggup menanti kerana melalui kontrak yang ditanda tangani dengan Maestro, sekurang-kurangnya dia akan muncul dengan sebuah album setahun sepanjang tiga tahun kontrak yang bermula sejak Ogos 2006.

Meskipun usia mereka baru setahun jagung dalam bidang seni, tetapi sama ada Nora ataupun Karen, mereka boleh menarik nafas lega kerana mampu hidup dengan duit hasil show mereka.

Walaupun show mereka tidak diadakan setiap hari, namun mereka masih mendapat pendapatan yang agak lumayan walaupun bergelar sebagai artis baru.

“Bagi kami, pendapatan itu sudah cukup sebagai permulaan dan sebagai orang baru kami merasa lega kerana ia memberi satu petanda baik untuk kami meneruskan kerjaya dalam bidang seni,” kata Nora dan Karen.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.