saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 18/04/2007

Projek landasan berkembar perlu disegerakan

KUALA LUMPUR 17 April – Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) berharap kerajaan tidak menangguhkan lagi pelaksanaan cadangan projek landasan berkembar dari utara ke selatan Semenanjung.

Pengerusinya, Tan Sri Lim Ah Lek berkata, projek itu perlu dilaksanakan pada tahun ini supaya ia dapat digunakan menjelang tahun 2012. Katanya, semakin lama projek itu tertangguh, kos pembinaannya akan terus meningkat dan akhirnya akan membebankan kerajaan.

Ah Lek berkata, landasan berkembar itu jika dilaksanakan dapat meningkatkan kapasiti penumpang syarikat KTMB yang dimilik kerajaan itu sehingga empat atau lima ganda berbanding sekarang.

‘‘Pada masa ini, secara purata KTMB mengangkut 3.8 juta penumpang setahun.

‘‘Selain itu, penggunaan satu landasan dalam operasi menyebabkan kekerapan perkhidmatan keretapi dari utara ke selatan menjadi terhad,’’ katanya.

Ah Lek berkata demikian pada majlis memeterai perjanjian persefahaman antara KTMB dengan syarikat keretapi kebangsaan Perancis, SNCF International di Kedutaan Perancis di sini, hari ini,

SNCF diwakili Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jean-Pierre Loubinoux dan Naib Presidennya, Marc Provoost.

Pengarah Urusan KTMB Datuk Mohd. Salleh Abdullah pula berkata, landasan berkembar elektrik dari Rasah ke Rawang telah siap dan akan dibuka pada 21 April ini dengan pengangkutan percuma diberikan hingga 1 Mei ini.

‘‘Bagi laluan Rawang ke Ipoh pula, pembinaannya dijadual siap pada 31 Disember ini, manakala pembinaan bagi laluan dari Ipoh ke Padang Besar dan Seremban ke Gemas dijangka dimulakan pertengahan tahun ini,’’ kata beliau.

Ketika ditanya sama ada cadangan YTL Corp Bhd. untuk melaksanakan perkhidmatan keretapi laju antara Kuala Lumpur dan Singapura boleh menjejaskan operasi KTMB, Mohd. Salleh berkata, ‘‘Ia mungkin (menjejaskan), mungkin tidak.’’

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.