saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 22/04/2007

80% Melayu tak daftar -- Malas dan terlalu sibuk antara alasan mereka – SPR

KUALA LUMPUR 21 April – Sebanyak 80 peratus daripada 4.9 juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi adalah orang Melayu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, berbanding orang Melayu, kaum lain mempunyai kesedaran yang cukup tinggi untuk menjadi pengundi sebaik sahaja mencapai usia 21 tahun.

Menurutnya, antara alasan mereka enggan berbuat demikian kerana tidak berminat dengan urusan politik negara, malas, terlalu sibuk dan tidak tahu di mana tempat pendaftaran boleh dibuat.

“Kita perlu mengambil bahagian dalam urusan politik negara, tidak semestinya menjadi ahli parti.

“Daftarlah sebagai pengundi kerana undi itulah yang akan menentukan golongan mana yang mentadbir negara dan kalau tersalah pilih, kita yang akan merana,” katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Sebelum ini, beliau mendedahkan seramai 4.9 juta rakyat Malaysia akan menghadapi risiko tidak boleh mengundi pada pilihan raya umum ke-12 akan datang jika mereka tidak mendaftar selewat-lewatnya Ogos ini.

Ab. Rashid berkata, pelbagai cara dan promosi telah diusahakan oleh SPR.

“Yang peliknya mereka tidak tahu di mana hendak mendaftar tetapi tahu pula lokasi persembahan artis-artis, malah ada yang sanggup tunggu berjam-jam,” katanya.

Beliau bagaimanapun memuji tanggungjawab serta komitmen golongan muda kaum Cina yang akan mendaftar sebagai pemilih selepas mencapai umur yang dibenarkan.

Ab. Rashid mengakui kesedaran tentang hak mengundi di negara ini masih rendah berbanding masyarakat Barat.

“Jika kita membaca akhbar setiap hari, laporan muka depan itu biasanya adalah urusan politik.

“Mustahil mereka ini tidak membaca akhbar langsung sebab bila kita baca akhbar, tentulah kita akan berasa terpanggil untuk memberi buah fikiran,” katanya.

Beliau menggelarkan mereka yang masih berdegil ini sebagai golongan tidak kisah dan hanya tahu duduk dalam ‘kepompongnya’ sendiri.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.