saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 22/04/2007

Parthiban janji bangunkan Ijok

KUALA SELANGOR 21 April – “Saya berjanji akan bangunkan Ijok,” kata calon Barisan Nasional (BN) K. Parthiban.

Kata-kata itu sudah cukup untuk membayangkan peribadi serta prinsip beliau yang benar-benar mahu membangunkan serta menjaga kepentingan penduduk semua kaum di kawasan Ijok.

Menurutnya, pemilihannya sebagai calon pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu sebagai satu amanah serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan secara adil.

“Bagi saya semua kaum adalah sama kerana mereka ini adalah pengundi dan rakyat.

“Oleh itu, tidak ada sebab untuk meminggirkan mana-mana kaum dalam soal pembangunan kawasan ini yang mana saya menganggap setiap masyarakat mempunyai hak untuk mendapatkan yang terbaik.

“Saya yang juga anak tempatan kawasan ini dan amat memahami setiap masalah dan keperluan penduduk di Ijok,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas tuduhan pembangkang yang sering mempersoalkan serta mempertikaikan kewibawaan calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Ijok yang bakal berlangsung 28 April ini.

Sebelum itu, beliau turut mengadakan lawatan dari rumah ke rumah di Kampung Batu 8, Ijok untuk meninjau dan mengetahui secara dekat masalah rakyat.

Parthiban, 38, merupakan bekas guru yang sebelum ini telah banyak menyumbangkan jasa dalam mendidik serta membangunkan anak bangsa tidak mengira kaum.

Kepimpinan beliau telah diuji dari peringkat keluarganya lagi yang sebelum ini terpaksa menanggung tiga adiknya setelah kematian kedua ibu bapanya ketika beliau berusia 25 tahun.

Bagaimanapun, beliau telah berjaya membesarkan ketiga-tiga adiknya sehingga ke peringkat menara gading masing-masing dalam kursus perakaunan, perubatan dan pra perubatan.

Malah, beliau sendiri tidak memikirkan soal perkahwinan berikutan komitmennya untuk memberikan kepada yang terbaik dalam setiap tugas dan tanggungjawab terhadap keluarga.

Bagaimanapun, beliau turut berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya selepas pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Dalam pada itu, Parthiban yang mempunyai perwatakan mesra dan mudah didekati itu turut berharap sokongan orang ramai untuk memilihnya sebagai calon dalam pilihan raya itu.

“Diri saya untuk rakyat dan dan apa yang saya lakukan adalah untuk rakyat bukan untuk saya sendiri.

“Inilah prinsip saya akan terus berpegang dengan prinsip ini,” ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.