saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 23/04/2007

Singapura perlu ketepi maruah

JOHOR BAHRU 22 April – Sudah tiba masanya kerajaan Singapura mengetepikan soal ‘maruah’ sebaliknya mereka harus bersikap terbuka dengan bersedia untuk membincangkan semula isu pembinaan jambatan dan penambahbaikan laluan di Tambak Johor.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahril Abdul Samad berkata, Singapura seharusnya melihat dari aspek bagaimana untuk memperbaiki kemudahan laluan di antara Malaysia (Tambak Johor) - Singapura dan bukannya membina ‘tembok’ di sekeliling mereka.

“Singapura tidak seharusnya berfikiran sentiasa mahu menang dan dapat apa yang mereka mahu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai isu pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor yang perlaksanaannya terpaksa dibatalkan pada sidang akhbar selepas merasmikan kempen Rakan Cop peringkat 5 Zon (Larkin, Kampung Melayu Majidee, Kebun Teh dan Bandar Baru Uda) di sini hari ini.

Shahril berkata, Singapura pernah menyuarakan pendirian mereka yang bersedia berbincang berhubung isu jambatan dan tambak selepas tahun 2007.

Semangat

Beliau menambah, Malaysia tidak menyekat Singapura daripada melakukan apa yang mereka mahu termasuk meniru apa yang ada di negara ini.

“Umpamanya mereka (Singapura) membina dua pusat kasino dan mereka juga mahukan perlumbaan Formula Satu (F1) yang selama ini kita ada, masuk ke negara mereka. Jadi, mereka bebas melakukan apa yang mereka inginkan,” katanya.

Beliau berkata, Singapura harus sedar mereka perlu mempertingkatkan komunikasi dan akses bersama Johor Bahru kerana menerusi Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) akan berlaku lonjakan aktiviti ekonomi yang merentasi sempadan politik yang akan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

“Laluan Tambak Johor sedia ada tidak akan mampu menerima pembangunan globalisasi kerana ia (tambak) tidak boleh diperbesarkan lagi daripada saiz yang sedia ada,” katanya.

Justeru, beliau menggesa Singapura menunjukkan ‘semangat’ yang ada ketika sama-sama membina Link Kedua di mana, tegasnya, Singapura tidak mempersoalkan mengenai apa keuntungan bersama yang mereka dapat.

“Sewaktu mereka mencadangkan pembinaan Link Kedua, tiada dipersoalkan pun mengenai keuntungan bersama tetapi apabila perancangan membina jambatan menggantikan Tambak Johor, mereka mendesak apakah keuntungan yang akan mereka akan nikmati.

“Sikap itulah yang menjadi salah satu punca halangan ke atas pembinaan jambatan di Johor Bahru,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan Singapura bahawa perkhidmatan untuk orang ramai harus diutamakan dalam apa juga perkara sekiranya mahu pertumbuhan ekonomi meningkat.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.