saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 26/04/2007

Bot mewah: PM tidak ambil tindakan terhadap Hurriyet

KUALA LUMPUR 25 April – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau tidak mengambil tindakan terhadap akhbar Hurriyet dari Turki yang menyiarkan berita palsu bahawa beliau menempah sebuah bot mewah di negara itu.

Menurut Perdana Menteri, penafian mengenai perkara itu sudah dibuat oleh syarikat pengeluar kapal layar berkenaan, Kobra Yatcllik Turizm ve Turizm Limited Company, dan disiarkan akhbar yang sama.

‘‘Adalah lebih baik sekiranya tenaga, masa dan sumber dilaburkan untuk perkara yang lebih produktif seperti pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) daripada memanjangkan lagi berita palsu seperti pembelian kapal layar itu,” katanya dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Dr. Mohamed Hayati Othman (Pas- Pendang) di Dewan Rakyat hari ini.

Dr. Mohamed Hayati meminta Perdana Menteri menyatakan bentuk tindakan kerajaan terhadap fitnah akhbar itu yang menyatakan Abdullah menempah bot mewah di Turki.

Perdana Menteri berkata, walaupun tiada tindakan dalam kes itu, beliau tetap mendapatkan nasihat guaman dan akan mengambil tindakan yang sesuai terhadap mana-mana berita palsu yang disebarkan untuk menjatuhkan nama baiknya atau kerajaan Malaysia.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.