saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 26/04/2007

Abdul Kudus dihalang kaitkan Kayveas dalam pembelaan

KUALA LUMPUR 25 April Mahkamah Majistret Ampang, dekat sini hari ini membenarkan bantahan pihak pendakwaan supaya bekas Pengarah Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Kapten (B) Abdul Kudus Ahmad tidak mengaitkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas dalam keterangan pembelaannya.

Majistret Saidah Mohamed Halil memutuskan demikian selepas meneliti bantahan dan hujahan kedua-dua pihak berhubung perkara tersebut dalam perbicaraan terhadap Abdul Kudus yang didakwa memberi kenyataan palsu.

Saidah kemudiannya menetapkan 31 Julai dan 1 Ogos ini untuk Abdul Kudus menyambung keterangan bela dirinya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Badan Pencegah Rasuah (BPR), Zulqarnain Hassan manakala peguam S. R. Sree Devi hadir mewakili bagi pihak peguam bela Abdul Kudus, M. Manoharan.

Pihak pendakwa membantah tindakan Abdul Kudus mengaitkan Kayveas dalam pembelaannya kerana ia tidak relevan dengan tuduhan manakala tertuduh mendakwa sebaliknya memandangkan siasatan kes itu dibuat selepas kes rasuah Abdul Kudus diheboh-hebohkan oleh timbalan menteri itu di akhbar tempatan.

Abdul Kudus diperintah membela diri atas tuduhan membuat kenyataan palsu di dalam surat akuan bersumpah di pejabat Yang Dipertua MPAJ pada 26 September 2001.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 199 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 193 kanun tersebut yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.