saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/04/2007

Wira Terjun Kutub Utara pulang


HISHAMMUDDIN Tun Hussein, Timbalannya, Liow Tiong Lai dan Abdul Azeez Abdul Rahim (tengah) bersama peserta Terjun Bebas Kutub Utara melambai tangan tanda kejayaan di KLIA, Sepang, semalam.


SEPANG 27 April – Kumpulan Ekspedisi Terjun Bebas Kutub Utara Putera UMNO Malaysia yang tiba ke tanah air selepas menamatkan misi mereka selama 21 hari disambut sebagai wira-wira negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam ini.

Sebanyak 15 penerjun dalam ekspedisi yang diketuai oleh Pengerusi Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim itu disambut oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam majlis yang penuh bersemangat dengan dihadiri oleh sanak-saudara anggota ekspedisi serta ahli-ahli Putera UMNO.

Selain Abdul Azeez, mereka ialah ketua penerjun Haziq Azlan, Hamsja Arsyad, Mohamed Anuar Merami, Syed Halim Amir Ali, Mohamed Zakwan Yahya, Mohamed Irwan Shaari, Norafandi Noordin, Daniel Shah Redzuan Mohamed Zawawi, Mohammad Shafiq Akmal Trisno, Mohamad Khasiain Omar Khan, Musa Abu Bakar dan Saiful Nizam Dorani.

Turut serta ialah Ketua Jurulatih, Azlan Ismail dan jurulatih, Karim Salleh.

Ekspedisi tersebut yang berjaya melakukan penerjunan di Kutub Utara pada pukul 4.20 pagi waktu tempatan (10.20 pagi waktu Malaysia) pada 23 April lalu mencipta sejarah gemilang apabila ia dicatatkan oleh Malaysia Book of Records sebagai kumpulan pemuda pertama yang berjaya terjun di Kutub Utara dan difahamkan ia juga mencatatkan rekod dunia bagi kategori tersebut.

Lebih bermakna, penerjunan yang sebelum ini terpaksa ditangguhkan beberapa kali ekoran cuaca buruk merupakan hadiah ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50 pada Ogos ini.

Ekspedisi tersebut juga mencatatkan sejarah kerana Malaysia satu-satunya negara yang melakukan terjunan di Kutub Utara pada tahun ini, ketika pasukan negara lain menarik diri kerana cuaca buruk dan landasan merekah di Stesen Barneo (pintu masuk Kutub Utara) sejak tiba di Longyearbyen, Kepulauan Svalbard, 14 April lalu.

Pasukan itu yang dianggotai 12 anggota Putera UMNO berusia antara 19 dan 24 tahun itu telah melakukan penerjunan dalam dua kumpulan pada ketinggian 6,000 kaki dan 5,000 kaki dari helikopter MI8 milik penganjur Rusia sambil mengibarkan Jalur Gemilang, bendera UMNO dan 14 bendera negeri di Malaysia.

Pasukan ekspedisi berkenaan turut membentangkan bendera Malaysia dan bendera UMNO “Sang Saka Bangsa” berukuran 30 meter panjang dan 15 meter lebar di Kutub Utara.

Menurut Hishammuddin, kejayaan ekspedisi tersebut amat membanggakan rakyat Malaysia sekali gus membuktikan bahawa ahli-ahli Putera UMNO mampu menjadi contoh kepada anak-anak muda yang lain.

‘‘Tidak ada perkara yang mustahil, anak-anak muda ini sebenarnya tidak ada bezanya dengan anak-anak yang lain dan kejayaan mereka menunjukkan betapa hebatnya Putera UMNO,” katanya pada majlis sambutan kepulangan anggota ekspedisi itu di KLIA, di sini hari ini.

Katanya, beliau sendiri telah mengikuti perjalanan ekspedisi itu setiap hari dan mendapati kumpulan ekspedisi tersebut mempunyai tekad yang luar biasa.

‘‘Ini sekali gus telah mematahkan tuduhan yang sebelum ini dilemparkan kepada anak-anak muda tersebut, jadi kini mereka boleh menjadi contoh dan teladan kepada generasi muda yang lain,” katanya.

Sementara itu, Abdul Azeez dalam nada sebak menyatakan kesyukuran kerana ekspedisi tersebut berjaya dilaksanakan walaupun pada satu peringkat Hishammuddin telah memaklumkan kepada beliau bahawa mereka boleh pulang sekiranya keadaan tidak mengizinkan.

‘‘Tetapi apa yang amat mengejutkan apabila kesemua anak-anak muda ini bertekad untuk tidak pulang sehingga mereka berjaya melakukan penerjunan.

‘‘Alhamdulillah, kami berdoa dengan linangan air mata, berwirid dan melakukan solat hajat sebelum mengambil keputusan melakukan penerjunan walaupun orang di sana menyatakan kami ‘gila’ kerana semua penerjun dari luar negara sudah pulang,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.