saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 28/04/2007

Dermaga Scorpene dijangka siap Februari 2009

KOTA KINABALU 27 April – Pembinaan dermaga untuk dua buah kapal selam moden Scorpene dari Perancis di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2009.

Panglima Wilayah Laut II, Laksamana Muda Datuk Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, pangkalan kapal selam itu merupakan yang tercanggih di rantau ini dan dilengkapi dengan teknologi terkini.

“Dermaga khas untuk dua kapal selam itu mula dibina pada Februari tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya sebelum kapal-kapal selam itu yang kini berada di Perancis diserahkan kepada TLDM pada 2009.

“Pangkalan kapal selam itu dilengkapi dengan jeti, lif, kemudahan untuk menyelenggara kapal selam dan juga kapal-kapal TLDM lain,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari TLDM ke-73 di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Teluk Sepanggar di sini hari ini.

Pada 14 Mac lalu, kedua-dua kapal selam Scorpene itu yang mula dibina pada tahun 2002 telah menjalani proses penyambungan dua bahagian utamanya di Limbungan DCN Shipyard International (DCN) di Cherbourg, Perancis.

Ahmad Kamarulzaman berkata, kos keseluruhan pembinaan dermaga itu termasuk kawasan kapal selam berlabuh dianggarkan kira-kira RM318 juta.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tahap keselamatan perairan di negeri ini yang kerap diceroboh nelayan asing, beliau berkata, kegiatan tersebut semakin berkurangan.

“Statistik bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara semakin berkurangan hasil kerjasama TLDM, polis Marin dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM),” katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.