saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 28/04/2007

Kapal frigat: BAE Systems yakin rundingan selesai tahun ini

GLASGOW 27 April – Pengeluaran peralatan ketenteraan terbesar Eropah, BAE Systems yakin rundingan dengan kerajaan Malaysia bagi pemerolehan dua buah kapal frigat generasi baru akan dapat diselesaikan pada tahun ini.

Malah, Pengarah Urusannya bagi Asia Pasifik, Steve Meighan tidak menolak kemungkinan kontrak tersebut akan dimeterai antara kedua-dua pihak semasa Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada Disember ini.

“Rundingan teknikal sudah dimulakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sudah dimulakan sejak Julai tahun lalu selepas kita mendapat surat hasrat daripada kerajaan Malaysia pada Jun.

“Kita juga sudah berunding dengan Labuan Shipyard and Engineering (LSE) dan menandatangani memorandum persefahaman pada Februari lalu untuk pemindahan teknologi. Ia hampir mencapai persetujuan,” katanya kepada wartawan Malaysia yang berada di sini bagi meninjau kemudahan limbungan dan teknologi yang dimiliki syarikat itu di sini.

Turut hadir ialah Pengarah Projek Frigat Malaysia, Ian Latham.

Dalam lawatan itu, BAE Systems turut mempertontonkan kapal pemusnah T45 yang sedang dibinanya, senjata tempur darat dan laut, kemudahan latihan dan juga teknologi persenjataan dan navigasi bersepadu yang dibangunkannya.

BAE Systems adalah kontraktor untuk dua frigat yang kini berada dalam armada TLDM iaitu KD Jebat dan KD Lekiu.

Beliau berkata, antara perkara yang diberikan tumpuan dalam rundingan itu ialah memastikan spesifikasi atau teknologi yang dimahukan oleh TLDM dapat dipenuhi.

Katanya, bagi BAE Systems, dua frigat terbaru itu akan dibangunkan menerusi pengalaman membina dua frigat sebelum ini dan akan digabungkan dengan teknologi yang dimiliki syarikat itu dalam pembinaan kapal pemusnah generasi baru T45.

“TLDM akan mendapat manfaat khususnya dari kesepaduan kemahiran dalam pembinaan, pengurusan projek dan juga teknik pembuatan kapal yang kini digunakan pada T45 dan kapal pengangkut pesawat yang sedang kita rancang,” jelasnya.

Meighan berkata, kedua-dua frigat itu juga ditawarkan Sistem Pengurusan Perang Bersepadu termasuk senjata 57mm Mk3 yang dikawal sepenuhnya oleh komputer dan Sistem Pengurusan Platform Bersepadu (IPMS) merangkumi pelbagai sistem radar, sistem sokongan dan pengurusan penyelenggaraan.

Menerusi teknologi tersebut, katanya, dua frigat itu lebih sukar dikesan semasa beroperasi, mengurangkan penggunaan tenaga manusia (anggota tentera) sebanyak 20 peratus dan juga dapat mengurangkan kos pembinaan.

“Sebaik sahaja kontrak ditandatangani, kita akan memulakan kerja fizikal dalam masa 12 bulan dan menyiapkannya dalam tempoh waktu perjanjian,” katanya.

– Utusan

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.