saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 28/04/2007

Najib ‘simpati’ terhadap Khalid

KUALA SELANGOR 27 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ‘bersimpati’ dengan calon pembangkang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkannya masih sayang kepada Barisan Nasional (BN) dan sukar menghilangkannya dari hati walaupun kini menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok.

Katanya ucapan ’luar sedar’ Khalid hingga ‘tersasul’ berkempen untuk calon BN jelas menunjukkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu masih sayang kepada BN walaupun kini berdiri di atas platform PKR dan akan bertanding menentang calon BN, K Parthiban, 38.

“Dia tersasul kerana dalam hati dan jiwanya, dia masih tidak dapat lupa bahawa BN banyak berjasa kepadanya. Sebab itu dalam kepalanya susah nak hilangkan perasaan (sayang) pada BN itu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kempen dari rumah ke rumah di Taman Bukit Badong Timur, di sini, hari ini.

Ketika berucap di hadapan penyokong semasa berkempen di Ladang Tuan Mee, Rabu lalu, Abdul Khalid, 61, yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Guthrie itu tersasul meminta pengundi di Ijok memastikan lawannya dari BN menang pada pilihan raya kecil di situ esok.

Antara petikan ucapannya ialah: “Sekarang kita buat perubahan dan sekarang ialah masanya... dan saya berharap kita semua bersama-sama untuk membuat perubahan dan mengundi calon Barisan Nasional sebagai yang menang untuk Dewan Undangan Negeri Ijok. Terima kasih.”

Kata-kata Abdul Khalid itu menimbulkan keriuhan dalam kalangan 150 orang yang hadir kerana beliau ‘mempromosikan’ lawannya pada pilihan raya itu.

Mengulas perkara itu, Najib berkata ia secara jelas menunjukkan UMNO dan BN paling banyak berjasa dalam mencorakkan negara dan mempertahankan kepentingan rakyat berbilang bangsa walaupun hakikat itu sering dinafikan pembangkang.

“Ini rakyat dapat lihat sendiri. Banyak projek pembangunan kerajaan seperti PNB dan saham-saham amanah yang memberi jasa tidak ternilai kepada rakyat dan negara,” katanya.

Sehubungan itu, katanya rakyat terutamanya pengundi Ijok perlu membuat pertimbangan sewajarnya dalam memilih calon yang akan mewakili suara mereka.

“Pengundi Ijok perlu lihat dua perkara, iaitu siapa yang boleh bela pengundi kawasan ini. Rakyat juga perlu lihat dari segi kepentingan negara keseluruhannya, pilih mana satu parti yang boleh diberi kepercayaan untuk menjamin masa depan negara,” katanya.

– Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.