saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 29/04/2007

Jaclyn pecah monopoli Siti


DARI kiri, Noryn Aziz, Siti Nurhaliza, Aishah dan Jaclyn Victor mengadakan persembahan khas pada malam AIM14 di Dewan Merdeka, PWTC malam tadi.


KUALA LUMPUR 28 April Album Transkripsi milik Datuk Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai album terbaik pada Anugerah Industri Muzik 2007 (AIM14) yang diadakan di sini malam ini.

Ini merupakan kali keempat beliau memenangi kategori tersebut selepas album Adiwarna (1999), Seri Balas (2000) dan E.M.A.S (2004).

Namun, dominasi beliau selama lapan tahun berturut-turut dalam kategori persembahan vokal wanita terbaik akhirnya dipecah oleh penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor menerusi album Inilah...Jac.

Penyanyi M. Nasir pula menerima anugerah Album Pop Rock Terbaik untuk album Sang Pencinta. Lagu popularnya, Juwita...Citra Terindah yang dipetik daripada album yang sama turut menerima anugerah Lagu Terbaik.

Sementara itu, penyanyi yang mendapat paling banyak pencalonan tahun ini, Sean Ghazi pula hanya mampu membawa pulang kategori Artis Baru Terbaik menewaskan calon-calon lain iaitu Bob, Farhan, Fazli Zainal dan Izwan Pilus.

Kumpulan nasyid terkenal, Raihan juga mempamerkan kecemerlangan apabila menerima anugerah Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album buat kali keempat menerusi album Tawakkal.

Bekas ahli kumpulan The Revolvers, Freddie Fernandez pula menerima Anugerah Sri Wirama di atas sumbangannya dalam industri hiburan tanah air.

Majlis yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu juga menyaksikan kumpulan popular Indonesia, Samsons menerima Album Indonesia Terbaik untuk album Naluri Lelaki yang turut membuat persembahan.

Selain Samsons, barisan artis lain yang menjayakan persembahan pada malam gilang-gemilang itu adalah Mawi, Rabbani, Ramli Sarip, Anuar Zain, Farhan, Bob dan Fazli Zainal.

Malah, satu persembahan khas dijayakan oleh Aishah, Jaclyn Victor, Noryn Aziz dan Siti Nurhaliza bagi mengenang bekas penyanyi kumpulan Freedom, Seha yang meninggal dunia akibat kanser pada 11 Oktober lalu.

Pemenang lain adalah Marcus Ericsson (Kulit Album Terbaik), Kumpulan Kristal (Rakaman Album Terbaik), Vivian Chua (Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu), Syura (Album Pop Etnik Terbaik), Reshmonu (Persembahan Vokal Terbaik Lelaki), Ahmadi Hassan (Album Nasyid Terbaik), Kumpulan Search (Album Hard Rock Terbaik), Kumpulan Dragon Red (Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik), Pete Teo (Album Inggeris Tempatan Terbaik) dan Jordan Suleiman (Video Muzik Terbaik).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.