saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 30/04/2007

Membongkar warisan ragam hias al-Quran

APA pentingnya mengetahui ragam hias al-Quran? Al-Quran ada ragam hias? Apa itu ragam hias al-Quran? Soalan-soalan itu barangkali secara automatik terlontar saat menatap buku berjudul Ragam Hias Al-Quran di Alam Melayu tulisan pensyarah di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr. Dzul Haimi Md. Zain.

Buku terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. itu telah pun masuk ke pasaran dan boleh didapati di kedai-kedai buku utama di negara ini sejak sebulan lalu.

Kepada penulisnya, Dr. Dzul Haimi, beliau mengakui itulah juga soalan-soalan sama diajukan kepadanya dalam usaha membatasi rentang masa cukup panjang - 12 tahun - menyudahkan kajian kesenian Islam, pengkhususan hiasan al-Quran sebelum terhasil buku berkenaan, dipercayai yang pertama di dunia membincangkan seni hiasan al-Quran di alam Melayu.

Alam Melayu di sini bermaksud, geografi meliputi wilayah di seluruh Malaysia, Kepulauan Indonesia dan Brunei Darussalam.

Sebelum secara panjang lebar memperincikan mengenai ragam hias al-Quran, beliau menarik perhatian terlebih dahulu tentang sisi duka khazanah seni bangsa Melayu.

Kata beliau, salah satu khazanah seni Melayu yang terlepas daripada penghayatan bangsa ialah seni manuskrip, tidak terkecuali manuskrip al-Quran.

Sudahlah usianya tua dimamah zaman, kalau ditulis tangan atau jawi, manuskrip lama itu makin tidak dihayati, walaupun tulisan dan hiasannya mempamerkan bentuk kesenian yang ‘tidak ternilai’ dari segi falsafah dan pemikirannya.

Bentuk kesenian yang tergambar dalam ragam hias al-Quran itu sendiri misalnya - daripada kulit dihiasi reka corak dan tatahan emas yang mewah, sapuan warna yang bertaut bersama ruang putih memberi isyarat betapa bangsa Melayu bersungguh-sungguh menghasilkan keindahan dalam segenap sudut. Indah pada pembuatannya, indah pada tulisannya dan indah pada hiasannya.

‘‘Banyak bahan berkaitan seni ukir, khat, anyaman, tembikar, batik, catan dan lain-lain diterbitkan di tanah air. Memang benar seni hiasan mencerminkan falsafah dan budi Melayu.

Seni hiasan Melayu di atas media atau objek lain (buku misalnya) sudah menjadi lumrah di kalangan masyarakat umum. Itu sesuatu yang baik.

‘‘Tetapi seni hias pada al-Quran di alam Melayu juga warisan bangsa yang perlu dipelihara dan wajar dihadirkan dengan segera pada khalayak. Agak melukakan apabila mengenang khazanah seni (manuskrip al-Quran dengan hiasannya) yang tidak terbanding nilainya terlepas daripada perhatian pewarisnya, iaitu kita semua,” kata Dr. Dzul Haimi ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Katanya, usaha beliau mengkaji hiasan al-Quran bertitik tolak daripada tiada kesedaran masyarakat dalam memelihara warisannya.

‘‘Kepada banyak orang al-Quran itu adalah kitab suci semata-mata. Pernahkah kita semasa membelek kitab suci itu membongkar kenapa di sekeliling al-Quran itu dihiasi dengan bunga-bunga, warnanya pula kadang-kadang merah, terkadang terjumpa warna putih. Jika prihatin pula, di titik berhenti pada teks al-Quran itu dihiasi bunga dan menggunakan warna kuning emas, tidak warna lain dipilih?

‘‘Ada juga hiasan bintang, matahari dan konsep taman selain batu nisan, corak kain pelekat pada hiasan al-Quran itu. Semua hiasan itu ada makna yang boleh ditafsirkan,” kata beliau sambil berkata kajian hiasan al-Quran bukan sesuatu yang baru di kalangan sarjana Barat dan di Timur Tengah.

Perlu diingatkan bahawa hiasan al-Quran itu dirujuk kepada seni hias yang di luar teks al-Quran. Dalam erti kata lain, ia merujuk aspek-aspek luaran dalam pembentukan sebuah manuskrip al-Quran berhias.

Sementara itu, hiasan al-Quran di alam Melayu sudah pasti berbeza dengan tempat-tempat lain. Misalnya di Timur Tengah pada zaman Uthmaniyah, di mana dari segi penggunaan warna ia lebih cenderung kepada warna kehijauan berbanding zaman Safavid gayanya menggunakan kombinasi dua warna - emas dan hijau.

Seni hias al-Quran di alam Melayu ada ciri-cirinya tersendiri baik dari segi warna, format dan motif.

Ia secara umumnya boleh dikenali dan dihayati pada bahasa visual yang berbeza dengan gaya al-Quran dari negara Islam lain. Bahasa visual inilah yang menjelmakan identiti budaya bangsa Melayu di rantau ini.

Umumnya kata Dr. Dzul Haimi, kegemilangan seni al-Quran di alam Melayu dilihat pada reka letak dengan merujuk kepada sebuah tradisi besar al-Quran berhias dari Timur Tengah. Hakikatnya, al-Quran alam Melayu mempunyai pendekatan tersendiri mengikut makna dalam budaya setempat.

– AZLINARIAH ABDULLAH

* Dr. Dzul Haimi, penulis buku Ragam Hias Al-Quran di Alam Melayu boleh ditemui di gerai UP&D di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu 5 Mei 2007, pukul 3 petang bagi sesi bertemu pengunjung sempena memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2007.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.