saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 30/04/2007

Peranan Badan Penasihat Syariah

Masyarakat Islam memerlukan keyakinan bahawa makanan yang dimakan dan barang-barang yang mereka pakai adalah halal; ia tidak termasuk dalam anggapan bahawa memakan harta haram. Maka, di sini letaknya peranan badan-badan penasihat Syariah dalam industri perbankan Islam dan pasaran modal Islam untuk memberi keyakinan berkenaan kepada mereka.

Penubuhan Badan Penasihat Syariah (BPS)

Peruntukan Akta Bank Islam 1983, antara lain menetapkan bahawa penubuhan sebuah badan penasihat Syariah, sesebuah bank Islam perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

Perniagaan perbankan Islam hanya diuruskan oleh sebuah bank Islam yang berlesen.

Sub-seksyen (5) dalam Akta yang sama menyatakan bahawa Bank Negara membuat saranan pemberian lesen dan Menteri juga tidak akan mengeluarkan lesen itu kecuali syarat-syarat berikut dipenuhi:

a) Tujuan-tujuan dan operasi-operasi perniagaan perbankan Islam yang hendak dijalankan (oleh syarikat yang memohon lesen untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam) tidak terlibat dengan apa-apa unsur yang tidak diluluskan oleh agama Islam; dan

b) di dalam Artikel Persatuan bank berkenaan, terdapat peruntukan bagi penubuhan sebuah badan penasihat Syariah yang menasihati bank itu mengenai operasi-operasi perniagaan perbankannya dalam memastikan ia tidak terlibat dengan apa-apa unsur yang tidak diluluskan oleh agama Islam.

Akta Takaful 1984 juga membuat peruntukan yang sama mengenai Badan Penasihat Syariah (BPS). Begitu juga artikel persatuannya. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) adalah bank Islam pertama di Malaysia yang menubuhkan BPS-nya, iaitu selepas penubuhannya pada 1 Mac 1983. BIMB mula beroperasi pada 1 Julai 1983. Manakala Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) pula merupakan pengendali takaful yang mula-mula sekali yang menubuhkan BPS-nya. STMB diperbadankan pada 29 November 1984 dan seterusnya mula beroperasi pada 22 Julai 1985.

Tanggungjawab Orang Islam

Peruntukan-peruntukan di dalam Akta Bank Islam 1983 dan Akta Takaful 1984 mengenai BPS dan seterusnya penubuhan badan-badan itu dalam industri perbankan Islam dan takaful adalah bertepatan dengan ajaran Islam. Islam menyuruh penganutnya mengatur hidup dan aktiviti kehidupan mereka sebagai individu mahupun secara berkelompok mengikut ajaran dan kehendak Syariah.

Orang Islam adalah golongan yang bertanggungjawab kepada Allah s.w.t. dan komited, yakni mengabdikan diri mereka terhadap perlaksanaan Syariah-Nya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah aqad-aqad (janji-janji).” (Al-Quran surah Al-Maidah, ayat 1)

Janji-janji yang bermaksud itu mencakupi janji prasetia hamba kepada Allah s.w.t. untuk melakukan segala perintah-Nya.

“Kemudian kamu pasti akan disoal pada hari itu (hari hisab) tentang segala nikmat yang kamu telah kecapi.” (Al-Quran surah Al-Takathur, ayat 8)

Keadaan umum orang Islam yang sebeginilah menjadi asas tegaknya segala amalan dan praktis dalam muamalat, yakni transaksi-transaksi dalam perniagaan dan perdagangan secara Islam. BPS yang dianggotai oleh orang yang bersifat sedemikian dengan kepakaran mereka dalam muamalat Islam, akan memastikan operasi bank-bank Islam dan pengendali-pengendali takaful meninggalkan semua unsur yang tidak diluluskan oleh Syariah dan mempraktik serta mengamalkan segala kehendak-Nya.

Operasi bank-bank Islam dan pengendali-pengendali takaful yang mengikut nasihat BPS akan menjadikan perniagaan mereka bersih daripada perkara-perkara yang tidak jelas, penindasan dan kezaliman yang akhirnya menuju ke arah memakan harta yang haram. Tujuan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syariah dalam transaksi muamalat adalah mewujudkan keadilan dan keharmonian.

Kurang Pendedahan

Dalam beberapa tahun permulaan operasi perbankan Islam dan pengendalian takaful, yang ada hanyalah sebuah bank Islam dan sebuah syarikat takaful. Pada masa itu peranan BPS tidaklah luas dan perkara-perkara yang diberi perhatian dalam pengawasan tidaklah banyak seperti mana sekarang. Ahli-ahli BPS belum banyak terdedah kepada cara operasi serta masalah yang dihadapi oleh sektor perbankan Islam dan pengendali takaful.

Bermula pada akhir tahun 80-an ahli-ahli BPS sudah mula memahami tentang perjalanan perbankan Islam dan pengendalian takaful. Seterusnya di sekitar tahun 1993 Islamic windows atau kaunter-kaunter Skim Perbankan Tanpa Faedah dibuka. Maka peranan BPS pun ikut terbuka luas. Dari segi sejarahnya di sekitar tahun 1999 Sistem Perbankan Tanpa Faedah ditukar kepada perbankan Islam.

Perkembangan itu adalah hasil daripada fahaman yang semakin luas di kalangan orang Islam bahawa perbankan Islam itu bukanlah sekadar Sistem Perbankan Tanpa Faedah semata-mata. Bahkan ia melibatkan lebih banyak unsur yang tidak jelas dan tidak cukup rukun serta syarat dalam kontrak-kontrak muamalat yang dipakai.

Perkembangan Terkini

Semenjak tahun 2002 Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti mengeluarkan beberapa garis panduan yang menentukan peranan BPS secara khusus. Peranan baru itu merangkumi bidang yang luas selari dengan tahap perkembangan terkini dalam industri perbankan Islam dan takaful serta pasaran modal Islam yang tinggi pada hari ini.

Para pengamal dalam industri juga sudah mahu mengemukakan masalah mereka kepada BPS mereka secara lebih terbuka dan terperinci dan mereka pula mengharapkan penyelesaian kepada masalah-masalah yang dikemukakan itu.

Peranan

Kedudukan perbankan dan kewangan Islam masa kini hampir sama dengan kedudukan perbankan dan kewangan konvensional. Perbankan dan kewangan Islam mempunyai produk bagi hampir semua aktiviti perniagaan yang diharuskan oleh agama Islam. Peranan BPS berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang berbagai itu bolehlah disenaraikan mengikut 11 jenis peranan utama yang dimainkan, iaitu:

* Memberi nasihat kepada Lembaga-lembaga Pengarah (L-LP) Institusi-institusi Kewangan ( I-IK)

* Mengesahkan Manual Patuh Syariah.

* Mengesahkan Dokumen-dokumen yang Berkaitan

* Membantu Pihak-pihak Berkenaan dalam Hal-hal Syariah

* Memberi nasihat dalam Perkara-perkara yang Dirujukkan kepada Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia

* Memberi Pandangan Syariah yang Bertulis

* Membantu Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia apabila dirujuk untuk Mendapat Nasihat

* Memberi nasihat tentang Bayaran Zakat

* Memberi nasihat tentang Audit Syariah

* Memberi nasihat tentang Produk-produk Pasaran Modal

* Memberi nasihat dalam Pengendalian Takaful

Peranan BPS hari ini amat mencabar ; pengamalan serta produk kewangan Islam yang sangat rumit hari ini betul-betul mencabar pakar-pakar Syariah untuk membuat keputusan yang betul. Semakin rumit dan canggih produk dan amalan kewangan Islam semakin mencabarlah peranan BPS. Tetapi walau bagaimana mencabar sekalipun peranan-peranan itu, mereka tetap bersedia menanganinya kerana di atas bahu merekalah terletaknya kepatuhan penuh Syariah segala produk, amalan dan perkhidmatan kewangan Islam.

Sila hantar soalan atau maklum-balas ke e-mel: editor3a@letterboxes.org untuk segmen khas soal-jawab di penghujung siri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.