saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 03/05/2007

Majalah Bahasa Arab untuk pelajar

Banyak kajian setakat ini menunjukkan bahawa antara masalah utama yang dihadapi oleh pelajar Malaysia mempelajari bahasa Arab ialah kekurangan bahan bacaan tambahan. Rata-rata mereka cuma berpandukan kepada buku teks Bahasa Arab sahaja. Ini sudah tentunya jauh berbeza sama sekali apabila mereka mempelajari bahasa Inggeris.

Sehubungan itu, usaha perlu dilakukan segera. Kita perlu merenung sejenak laungan pakar motivasi yang menyatakan “Orang yang gagal ialah orang yang sentiasa mencari alasan. Orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa mencari jalan.”

Dalam hal ini, bahan bacaan tambahan Bahasa Arab untuk para pelajar sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti perlu dipasarkan. Antara bahan yang popular dewasa ini ialah majalah Bahasa Arab yang menyajikan pelbagai isu berkaitan kehidupan seharian dalam bentuk santai.

Untuk menjayakan usaha murni ini, beberapa tokoh korporat yang memiliki jiwa ‘mencintai bahasa al-Quran’ mengajak penulis dan rakan-rakan untuk menerbitkan sebuah majalah Bahasa Arab. Setakat ini, majalah tersebut boleh dianggap sebagai majalah bahasa Arab pertama diterbitkan di Malaysia.

Untuk menerbitkan sebuah majalah berbahasa Arab di negara kita, banyak aspek perlu diambilkira.

Selain itu, kejayaan sesebuah majalah baru terutamanya yang menggunakan medium Bahasa Arab memerlukan gabungan kepakaran daripada semua pihak yang berkenaan.

Antara mereka yang terlibat dalam menjayakan misi ini ialah tokoh korporat, penerbit, editor, pengarang, pelukis, pegawai pemasaran, pemborong, pengedar, pemilik kedai buku, pelajar, guru, pensyarah, konsultan Bahasa Arab, pegawai kurikulum dan beberapa orang yang berminat dalam Bahasa Arab.

Setelah mengadakan beberapa kali rundingan, pihak penerbit merangka suatu konsep majalah yang dikira sangat bersesuaian dengan para pelajar samada rendah dan menengah. Ia juga dirangka bertepatan dengan matlamat kurikulum J-Qaf (Jawi-Quran-Arab-Fardu Ain), Kelas Agama Petang (KAP) dan kurikulum Bahasa Arab KBSM (Kurikulum Baru Sekolah Menengah).

Banyak konsep baru yang boleh dianggap sebagai suatu inovasi terkini dan sensasi diketengahkan dalam majalah ini. Antaranya ialah penggunaan kata pinjaman, konsep zikrullah, penggunaan bahasa badan, konsep intonasi, konsep panggilan mesra, konsep mesra alam dan lain-lain lagi.

Adalah diharap pendekatan yang pelbagai ini dapat menyuntik semangat baru dan segar untuk para pelajar mempelajari bahasa yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, namanya sahaja sudah menggambarkan betapa mudahnya belajar Bahasa Arab. Nama Mahir dipilih kerana ia adalah perkataan Bahasa Melayu yang berasal daripada perkataan Arab. Perkataan ini telah termaktub dalam Kamus Dewan sejak sekian lama. Sehubungan itu, sesiapa sahaja yang telah menguasai Bahasa Melayu dapat memahami majalah ini dengan mudah.

Dalam konteks ini, penggunaan perkataan dalam majalah ini banyak mengambil kira kata pinjaman dalam Bahasa Melayu yang berasal daripada Bahasa Arab. Bayangkan terdapat lebih 1,700 perkataan Melayu adalah merupakan perkataan yang diubahsuai daripada perkataan Arab.

Antara perkataan teras yang banyak digunakan dalam majalah ini ialah majalah, mahir, nasihat, nahu, ulama, nahu, usrah, kamus, ana muslim dan lain-lain.

Setakat ini, beberapa kerajaan negeri berminat menjadikannya sebagai bahan bacaan tambahan kepada para pelajar. Antara cadangan itu ialah membuat langganan majalah selama setahun dan mengedarkannya kepada kira-kira 1,700 orang guru Kelas Agama Petang di negeri tersebut. Usaha ini diharap dapat meningkatkan penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar dan juga memudahkan guru mendapatkan Alat Bantu Mengajar (ABM).

Selain itu, beberapa bengkel cara menggunakan majalah juga sedang dalam perancangan. Bengkel Majalah Dalam Darjah (MDD) ini diadaptasi daripada konsep Bengkel Akhbar Dalam Darjah (ADD). Bengkel ini juga dalah lanjutan daripada keberkesanan bengkel ADD bagi subjek Bahasa Arab.

Oleh yang demikian, para pelajar diharap dapat mengambil kesempatan ini untuk menggunakan majalah sebagai alternatif meningkatkan penguasaan bahasa Arab. Mereka boleh mendapatkannya di pasaran terbuka. Bagi pihak yang ingin melanggannya secara banyak selama setahun boleh menghubungi talian 019-2788055.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.