saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 07/05/2007

Pemuda BN pertahan formula kongsi kuasa

SHAH ALAM 6 Mei - Pemuda Barisan Nasional (BN) telah muncul sebagai satu gerakan dan kuasa yang disegani di semua peringkat parti dan akan terus mengekalkan formula bersatu padu dan berkongsi kuasa bagi memastikan parti itu terus kuat.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, kekuatan itu berdasarkan kepada kepercayaan antara satu sama lain dalam semua parti komponen BN sehingga menjadikan ia satu pakatan yang sentiasa bersama-sama dalam apa juga keadaan.

“Tidak salah jika kita berjuang untuk kaum kita sendiri tetapi dalam masa sama kita mesti bersama berjuang untuk rakyat Malaysia, itu adalah formula kejayaan kita hari ini,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri MIC 2007 di sini hari ini.

Beliau berkata, pakatan prapilihan raya yang diamalkan BN adalah unik bukan seperti di sesetengah negara yang membuat pakatan parti politik selepas pilihan raya untuk membentuk kerajaan.

Khairy berkata, walaupun begitu, bukan mudah untuk menguruskan formula yang ada kerana ia sentiasa mendapat kritikan daripada banyak pihak yang mahu melihat BN berpecah belah.

Katanya, BN juga telah memastikan tiada sesiapa yang dapat semua dan tiada sesiapa juga yang tidak dapat apa-apa kerana ia mengamalkan sistem perkongsian kuasa dan adalah tidak benar jika ada pihak yang mengatakan bahawa orang Melayu sahaja mendapat semuanya.

“Sebagai contoh kita tetap dengan janji bahawa semasa di Ijok, kerusi wakil rakyat perlu diberikan kepada orang India walaupun ada orang UMNO mahu ia diberikan kepada orang Melayu,” katanya.

Katanya, generasi muda kini perlu melihat kepada kepimpinan untuk memastikan masa depan yang cerah dan terjamin.

“Segala dasar yang dibentuk kini adalah untuk generasi muda masa akan datang. Kita bagi peluang kepada semua dan inilah masa depan kita,” katanya.

Menyentuh mengenai penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata, parti itu dan Anwar telah menjadi sejarah apabila kalah di Ijok.

Katanya, walaupun ramai orang tertarik untuk datang dan mendengar ceramah semasa kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok berlangsung tetapi kemenangan BN membuktikan bahawa rakyat Ijok tidak menerima beliau.

“Dia tuduh kita (BN) macam-macam tetapi rakyat masih tidak memilih dia,” katanya.

– Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:44
Maghrib 7:28
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.