saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 07/05/2007

‘Anwar tidak peka perubahan kaum India’

SHAH ALAM 6 Mei – Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menyifatkan dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menuduh beliau mengabaikan kebajikan kaum India di negara ini sebagai satu kenyataan yang tidak peka dengan perubahan semasa.

Menurut Samy Vellu, kerajaan telah banyak menyediakan rancangan dan program bagi membangunkan taraf hidup kaum India termasuk pekerja-pekerja estet meliputi pendidikan, pekerjaan dan peluang ekonomi.

Sambil merujuk kepada keadaan masyarakat India sebelum merdeka, beliau memberitahu, di bawah penjajahan British, kedudukan sosioekonomi kaum minoriti tersebut jauh lebih teruk tanpa mendapat sebarang pembelaan.

“Kaum India telah berada di negara ini sejak 145 tahun lalu dan dalam tempoh itu selama 100 tahun kaum India tidak mendapat layanan sewajarnya.

“Selepas merdeka, hasil daripada perkongsian kuasa dan kesepakatan semua kaum, taraf hidup masyarakat India telah berubah. Hari ini hanya 30 peratus kaum India masih bekerja di estet-estet berbanding 80 peratus sebelum ini selain pertambahan bilangan kaum India yang menjadi pekerja profesional dan pekerja mahir.

“Dakwaan dia (Anwar) ini menunjukkan bahawa beliau tidak peka dengan perubahan ini dan berbohong untuk kepentingan tertentu.

“Saya juga hairan apa yang dia buat masa dia jadi Timbalan Perdana Menteri dulu?” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri MIC Kebangsaan di sini hari ini.

Samy Vellu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anwar yang mendakwa beliau mengabaikan kebajikan dan nasib pekerja estet yang kebanyakannya terdiri daripada kaum India.

Malah, Anwar turut menuduh pekerja

estet telah diugut dan disogok untuk menyokong Barisan Nasional (BN) semasa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Ijok, bulan lalu.

Dalam pada itu, Samy Vellu turut mempersoalkan kenapa tidak ramai kaum India memilih PKR pada pilihan raya kecil Ijok.

Katanya, kaum India faham dengan realiti politik dan tahu bahawa BN memahami hati rakyat serta telah banyak membantu membangunkan taraf hidup pekerja-pekerja estet.

“Saya percaya PKR melakukan kesilapan meletakkan calon pilihan parti itu, Tan Sri Khalid Ibrahim,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.