saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 07/05/2007

Kertas kes Lojing ke Peguam Negara

KOTA BHARU 6 Mei – Kertas siasatan dan pertuduhan terhadap lapan syarikat pemaju yang didakwa menyebabkan pencemaran dan kerosakan di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang sudah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara.

Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Sazmi Miah berkata, kini terserah kepada pejabat Peguam Negara mengenai bentuk tindakan selanjutnya.

‘‘Sekarang kita hanya tunggu pihak Peguam Negara untuk mendakwa syarikat berkenaan ke mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Koperasi Insaniah Kelantan Berhad (Ko-Insan) dan lima koperasi lain di Hotel Perdana di sini, hari ini.

MoU itu bagi pembelian lot-lot bazar dalam Hab Usahawan Bazar Koperasi Kelantan melalui projek induk Kelantan Cooperative World yang akan dibangunkan di Kok Lanas.

Bagaimanapun beliau tidak pula mendedahkan nama lapan syarikat terbabit.

Menurutnya, semua syarikat terbabit akan didakwa mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, Sazmi mengumumkan kementeriannya akan mendakwa serentak syarikat pemaju yang menyebabkan pencemaran dan kerosakan di tanah tinggi Lojing.

Kesalahan

Mengulas lanjut, beliau berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak dapat mengambil tindakan lebih berat terhadap kesalahan melanggar syarat Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) ketika melakukan kerja pembangunan di kawasan berkenaan.

‘‘Ini sahaja yang Kerajaan Persekutuan boleh bertindak iaitu dari segi pencemaran sungai dan memulakan kerja tanpa EIA,” katanya.

Ekoran itu, kerajaan Kelantan menyambut baik langkah kementerian berkenan untuk mendakwa syarikat pemaju yang melanggar syarat laporan (EIA).

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataannya berkata, walaupun ia dianggap sedikit terlewat, kerajaan Kelantan tetap mengalu-alukan tindakan mengheret kesemua pemaju itu ke mahkamah.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.