saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 08/05/2007

Lirik lagu Papa Jahat timbulkan perdebatan

KUALA LUMPUR 7 Mei - Lagu ‘Papa Jahat’ yang dinyanyikan kumpulan The Fabulous Catz hari ini memancing perdebatan beberapa anggota Dewan Negara yang mempunyai pendapat berbeza terhadap implikasi lagu yang membayangkan kekecewaan seorang anak terhadap sikap bapanya itu.

Senator Datuk Jins Shamsuddin yang membangkitkan isu itu berkata, lagu berkenaan tidak sepatutnya dibiarkan berkumandang kerana ia bertentangan dengan nilai-nilai moral masyarakat di negara ini.

‘‘Senikata lagu ini langsung tidak menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pendengar di kalangan kanak-kanak.

‘‘Malah ia bertentangan dengan kempen Budi Bahasa yang sedang dilaksanakan oleh negara. ‘‘Jika tidak dibendung mungkin akan timbul pula selepas ini lagu Mama Jahat pula,’’ katanya ketika membahasakan usul menyokong titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Pandangan beliau bagaimanapun dipersoal Senator Datuk Tajul Urus Mat Zain yang menyifatkan lagu itu boleh menjadi pembuka mata kepada bapa yang tidak bertanggungjawab.

‘‘Berdasarkan senikata lagu ini, mungkin kalau selalu dimainkan di radio boleh menyedarkan bapa yang tidak bertanggungjawab supaya lebih ambil berat mengenai anak-anak mereka.

‘‘Jadi saya rasa ada baiknya kalau ada lebih banyak lagu seperti ini,’’ katanya ketika mencelah perbahasan Jins.

Isu itu turut menarik perhatian Senator Datuk Dayang Mahani Tun Pengiran Ahmad Raffae yang bersetuju bahawa kata-kata kesat tidak sepatutnya dikeluarkan oleh anak-anak walaupun mereka tidak puas hati terhadap orang tua.

Beliau bagaimanapun meminta pandangan mengenai cara yang terbaik dan berkesan yang boleh digunakan oleh anak-anak jika ingin menegur sikap atau perbuatan orang tua mereka.

Dalam jawapannya terhadap persoalan berkenaan, Jins berkata, ada cara yang lebih baik boleh digunakan oleh anak-anak untuk menegur ibu bapa mereka.

‘‘Kalau suruh anak-anak maki ibu bapa melalui corong radio, saya rasa itu nilai tidak baik. Kalau ada yang tidak puas hati boleh dibincangkan di rumah sebab didikan yang sempurna sepatutnya dimulakan dari rumah, bukan melalui corong radio.

Justeru beliau mencadangkan ibu bapa meluangkan masa untuk bersama-sama anak-anak memberi peluang kepada mereka untuk meluahkan perasaan dan menyelesaikan masalah berkenaan secara kekeluargaan.

Persidangan dewan bersambung esok.

– Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.