saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/05/2007

Darah tiruan dibenarkan Islam – Mufti

KANGAR 10 Mei – Penggunaan darah tiruan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, malah digalakkan jika membawa kepada kebaikan kepada manusia, kata Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Ini kerana, kata beliau, tidak ada sebarang ayat dalam al-Quran serta hadis yang melarang ia digunakan.

Menurutnya, apa sahaja perkara yang mendatangkan kebaikan kepada manusia dibolehkan asalkan ia mengikut lunas dan hukum syarak dalam Islam.

“Samalah seperti menggunakan kaki atau tangan palsu, tidak ada nas al-Quran dan hadis yang melarang penggunaannya. Selagi diizinkan syarak, ia dibolehkan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kemungkinan Malaysia menjadi pengeluar darah tiruan untuk manusia yang pertama di dunia jika rundingan kerajaan dengan sebuah syarikat yang masih dirahsiakan namanya menjadi kenyataan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika terbukti dari segi klinikalnya, ia dijangka menjadi satu bahan yang amat besar kesannya kepada manusia dan dunia.

Menurut Mohd. Asri, dalam perkara bersifat perubatan mahupun ekonomi, jika ia boleh menjamin kesejahteraan hidup dan tidak pula melanggar syarak, sudah tentu penggunaan sesuatu bahan termasuk darah tiruan dibolehkan.

“Bidang perubatan sentiasa berkembang dan umat Islam juga harus selari dengan perkembangan teknologi dunia termasuk teknologi perubatan seperti itu (darah tiruan) demi kemajuan ekonomi.

“Saya secara peribadi mengalukan-alukan langkah kerajaan untuk melibatkan diri dan menjadikan negara sebagai tapak pengeluaran darah tiruan ini jika ia memberi kesan besar kepada teknologi dan ekonomi negara,” katanya.

Sementara itu, di Terengganu, Mufti Terengganu, Datuk Ismail Yahya menyifatkan usaha negara untuk menghasilkan darah tiruan sebagai satu usaha yang digalakkan oleh Islam kerana ia membawa kebaikan kepada manusia.

Bagaimanapun katanya, kerajaan perlu memastikan kaedah dan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan darah tiruan itu tidak mengandungi unsur-unsur yang haram bagi memastikan kesuciannya.

‘‘Selagi kaedah dan bahan-bahan itu tidak bercanggah dengan hukum syarak, darah tiruan berkenaan boleh digunakan oleh umat Islam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail turut menyifatkan usaha menghasilkan darah tiruan tersebut seperti perbuatan menderma darah bagi menyelamatkan nyawa manusia.

‘‘Perbuatan menderma darah bagi membantu manusia lain yang mengalami musibah amat digalakkan oleh Islam, jadi kita boleh lihat dalam konteks yang sama terhadap usaha untuk menghasilkan darah tiruan,” ujarnya.

Justeru katanya, umat Islam tidak perlu mempunyai sebarang prasangka buruk terhadap penggunaan darah tiruan kerana ia dibolehkan dalam agama.

‘‘Selagi kita dapat memastikan kesucian bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan darah tiruan berkenaan, kita tidak perlu mempertikaikannya,” jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.