saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/05/2007

NGO dakwa urus permohonan dana RM2.8b

TENOM 10 Mei – Pihak berkuasa diminta menyiasat aktiviti sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa diberi amanah mengendalikan permohonan untuk mendapatkan peruntukan RM2.8 bilion bagi membantu usahawan kecil dan sederhana (IKS) di negara ini.

Setiausaha UMNO Bahagian Tenom, Jamawi Jaafar, 38, berkata, aktiviti pertubuhan itu agak meragukan kerana orang ramai tidak pernah dimaklumkan secara rasmi mengenai kewujudan sebuah pertubuhan yang dilantik menguruskan dana IKS.

Malah, katanya, NGO itu turut memperalatkan nama pemimpin negara yang kononnya akan hadir pada satu majlis besar-besaran bagi menerima borang permohonan ahli-ahli NGO itu pada 30 Jun ini.

NGO berkenaan, kata Jamawi, mengenakan yuran RM50 bagi setiap permohonan dengan menawarkan pembiayaan dana antara RM5,000 hingga RM50,000 tanpa memerlukan cagaran dan penjamin.

‘‘Apa yang membimbangkan ialah NGO itu bergerak aktif mengiklan khidmat mereka dalam akhbar serta mengadakan sesi penerangan kepada orang ramai kononnya badan itu diberi tanggungjawab membantu usahawan di peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

‘‘Lebih meragukan ialah wakil NGO itu membuat kenyataan berunsur hasutan supaya para pemohon membenci kerajaan sekiranya peruntukan RM2.8 bilion itu tidak diluluskan kepada mereka,” katanya.

Beliau memberitahu, perkara itu terbongkar selepas satu sesi dialog yang dihadiri oleh kira-kira 600 usahawan bagi mendengar penerangan daripada NGO berkenaan di sini Isnin lalu.

‘‘Pegawai itu mendakwa dia menguruskan program pembiayaan dana untuk IKS sedangkan apa yang kita ketahui agensi kerajaan seperti Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional dan Yayasan Tekun Nasional yang kendalikan.

‘‘Apabila disoal bertalu-talu, pegawai itu mengeluarkan kata-kata bodoh kepada orang ramai yang hadir sehingga menimbulkan kemarahan dan kekecohan,” katanya.

Jamawi berkata, NGO tersebut sebelum itu dalam penerangannya memberitahu ia telah diamanahkan mengumpul seberapa ramai pemohon di seluruh negara dan akan menguruskan penyaluran dana RM2.8 bilion seperti yang diperuntukkan.

Katanya, badan itu mendakwa ia diamanahkan menyampaikan terus permohonan kepada kerajaan berbanding melalui agensi berkaitan yang memakan masa lama untuk diluluskan.

‘‘Pegawai itu menerangkan bahawa pemohon akan berkumpul di Stadium Kompleks Sukan Likas di Kota Kinabalu pada Jun 30 ini dan mendakwa pemimpin negara dijemput hadir untuk menerima permohonan itu,’’ katanya.

Menurut Jamawi, pegawai itu mengancam akan bertindak terhadap kerajaan jika permohonan tersebut ditolak.

‘‘Kata-katanya itu berunsur hasutan kerana seolah-olah mahu pemohon membenci kerajaan dan menggertak pihak berkuasa supaya meluluskan permohonan dana skim itu,’’ kata beliau.

Malah, katanya, pegawai berkenaan yang diiringi tiga ahli jawatankuasanya turut mendakwa telah menerima 19,000 permohonan di Sabah.

Berikutan itu, Jamawi telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Tenom pada petang Isnin lalu dan meminta pihak berkuasa menyiasat kegiatan pertubuhan itu.

‘‘Kita bimbang berlaku penipuan,’’ katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.