saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 16/05/2007

Malaysia-Singapura tubuh jawatankuasa khas WPI

LANGKAWI 15 Mei – Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas peringkat menteri khusus untuk Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor yang antara tugas awalnya adalah memperincikan penggunaan kad pintar bagi memudahkan pergerakan keluar masuk orang ramai dari republik itu ke wilayah berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, jawatankuasa tersebut akan dianggotai oleh menteri tertentu dari kedua-dua negara mengikut isu atau bidang kerjasama yang hendak dibincangkan dan dilaksanakan.

“Menteri terlibat akan memperincikan keputusan-keputusan yang dibuat semasa perbincangan dua hala. Misalnya, dalam isu kad pintar ia perlu meliputi pelbagai aspek termasuk siapa yang akan menggunakannya dan bagaimana memastikan ia tidak mudah diklon.

“Apa yang penting, kita mahu kad pintar itu mudah digunakan dan dapat mempercepatkan urusan keluar masuk bagi kedua-dua negara,” katanya pada sidang akhbar di sini selepas mengucapkan selamat jalan kepada rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong yang berlepas pulang petang ini.

Perdana Menteri Singapura itu berada di pulau legenda ini sejak semalam untuk pertemuan tidak rasmi selama dua hari yang dimulai pagi ini dengan sarapan pagi empat mata, mesyuarat delegasi, sidang akhbar bersama, jamuan tengah hari di atas kapal Star Cruises di Terminal Star Cruise Awana Porto Malai dan diakhiri dengan acara menikmati durian yang dibawa khas dari Balik Pulau, Pulau Pinang. Abdullah mengulangi bahawa langkah mempermudahkan pergerakan keluar masuk dari Singapura itu merupakan satu daripada insentif kepada pelabur dan pelawat ke WPI yang bertujuan melancarkan urusan imigresen.

Beliau turut menjelaskan bahawa kemudahan itu bukan bermakna pengunjung asing bebas keluar masuk WPI tanpa pasport seperti yang dilaporkan sebelum ini, sebaliknya urusan mereka dipermudahkan dengan penggunaan kad pintar tersebut.

Selain itu, Perdana Menteri memberitahu, antara bidang lain yang akan diberi tumpuan oleh jawatankuasa khas berkenaan ialah kerjasama pelancongan seperti memasukkan kunjungan ke taman tema yang akan dibuka di WPI dalam pakej pelancong asing yang melawat Singapura dan mempercepatkan urusan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).

Terdahulu dalam sidang akhbar bersama dengan Hsien Loong, Abdullah berkata, Malaysia menyambut baik minat yang ditunjukkan oleh Singapura untuk memainkan peranan aktif dalam pembangunan WPI.

Perdana Menteri memberitahu, Singapura turut menawarkan bantuan dalam projek alam sekitar seperti kerja-kerja pembersihan sungai di kawasan selatan Johor.

Abdullah turut mengambil kesempatan daripada pertemuan itu untuk memaklumkan kepada Hsien Loong tentang projek-projek ekonomi yang akan dilaksanakan di negara ini seperti Koridor Utara dan Timur serta WPI bagi melihat potensi kerjasama antara kedua-dua negara.

“Kita mahu melihat WPI berjaya dan pembangunannya berjalan lancar agar setanding dengan Hong Kong dan Shenzen di China,” katanya sambil berharap peluang itu akan diambil oleh pelabur dari seluruh negara termasuk Singapura.

Mengenai isu-isu tertangguh antara kedua-dua negara, Abdullah bersetuju dengan Hsien Loong bahawa ia merupakan isu lama yang sukar untuk diselesaikan.

Justeru, beliau berkata, Malaysia dan Singapura tidak mahu menjadikan isu-isu tersebut sebagai penghalang dalam menjalin kerjasama dalam bidang lain yang cukup penting untuk dilaksanakan oleh kedua-dua negara.

Menurutnya, perbincangan antara pemimpin kedua-dua negara akan diteruskan malah Hsien Loong juga telah mempelawa beliau datang ke Singapura bersama beberapa menteri kabinet bagi melihat kerjasama yang boleh dilakukan dan mengeratkan lagi hubungan dua hala.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kedua-dua negara menyatakan komitmen terhadap pembentukan Piagam ASEAN yang dijangka dimuktamadkan pada Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura Julai ini.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.