saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 02/06/2007

Usia bukan halangan Alia memburu emas

KUALA LUMPUR Alia Anin Azwa Bakri dari Melaka membuktikan usia bukan halangan untuk meraih kejayaan apabila menumpaskan pemain lebih tua untuk muncul juara keseluruhan pertandingan catur Sukan Wanita Kebangsaan di Dewan Komanwel di Bukit Jalil, semalam.

Alia, yang juga juara kebangsaan peringkat usia, menonjolkan permainan mantap untuk menjuarai kategori bawah 14 dengan mengumpul 8.5 mata.

Pelajar tingkatan Satu Sekolah Menengah Sultan Muzaffar Syah itu yang pernah meraih pingat emas dalam Kejohanan Sukan Sekolah Asia memang sentiasa menyertai pertandingan catur bertaraf antarabangsa.

Pesaingnya Nurul Huda Wahiduddin dari Pahang menduduki tempat kedua dengan 7.5 mata manakala Chin Yuen Sue dari Pulau Pinang yang juga memungut 7.5 mata di tempat ketiga selepas kiraan balik.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Azalina Othman Said yang menyampaikan hadiah kepada para pemenang turut memuji kebolehan Alia walaupun pelajar itu tidak dapat hadir untuk menerima hadiahnya.

Alia terpaksa berlepas ke Kuching selepas tamat perlawanan akhir untuk menyertai Kejohanan Catur Kebangsaan yang akan bermula esok.

Sebanyak 157 peserta menyertai pertandingan catur yang julung kali dipertandingkan dalam Sukan Wanita.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.