saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 03/06/2007

42 terima darjah kebesaran Persekutuan

KUALA LUMPUR 2 Jun Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan mendahalui senarai 2,309 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini.

Beliau menerima Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N) yang membawa gelaran Tan Sri.

Seramai 42 penerima menerima darjah kebesaran daripada Seri Paduka Baginda yang turut disaksikan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada istiadat menghadap dan pengurniaan darjah kebesaran Persekutuan di Istana Negara di sini.

Istiadat itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta pembesar-pembesar negara dan diplomat asing.

Istiadat itu disiarkan secara langsung menerusi RTM1.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran bermula pada pukul 11 pagi sebaik sahaja keberangkatan masuk Seri Paduka Baginda berdua di Balairung Seri diikuti lagu Negaraku.

Perdana Menteri kemudian menyampaikan ucapan tahniah kepada Seri Paduka Baginda bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia dan ini diikuti dengan ucapan tahniah oleh Duta Cuba ke Malaysia Pedro Monzon Barata yang mewakili ketua-ketua perwakilan asing di Malaysia.

Istiadat pengurniaan hari ini melibatkan 30 orang penerima yang membawa gelaran Tan Sri, empat penerima Darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N) dan 26 penerima Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M), sementara itu 12 orang menerima darjah yang membawa gelaran Datuk, mereka terdiri daripada 10 penerima Darjah Panglima Jasa Negara (P.J.N) dan dua orang menerima Darjah Panglima Setia Diraja (P.S.D).

Selain Mohd Sidek, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Presiden Bank Pembangunan Islam (IDB) Tan Sri Dr. Ahmad Mohamed Ali Al-Madani turut menerima darjah PMN.

Antara penerima darjah PSM ialah bekas Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Napsiah Omar dan Presiden Parti Kemajuan India Semalaysia (IPF) Tan Sri M.G.Pandithan.

Penerima darjah PJN pula ialah, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Suboh Mohd. Yassin, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Jamaliah Kamis dan pelakon veteran, Datuk Abdol Azez Satta atau lebih dikenali sebagai Aziz Satar.

Bernama

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.