saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 08/06/2007

Khalid reda gagal ke puncak Everest

SEPANG 7 Jun – Bekas Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Khalid Yunus berkata, beliau reda dengan kegagalannya untuk menawan puncak Gunung Everest dalam satu ekspedisi bulan lepas apabila hanya berjaya sampai ke ketinggian 7,200 meter sebelum dinasihat oleh doktor supaya tidak meneruskan pendakian demi keselamatan dirinya.

“Kita kena terimalah... kalau tak pakai nasihat doktor, nasihat siapa lagi nak pakai. Saya reda,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) hari ini sekembalinya dari Kathmandu, Nepal, bersama anggota-anggota pasukan Merdeka de’ Everest.

Enam lagi peserta ekspedisi pada 21 Mei itu, yang terdiri jurukamera Radio dan Televisyen Malaysia RTM), Idris Said, 51; Ahmad Reduan Rozali, 25; Ahmad Fakhri Abu Samah, 25; penolong penerbit RTM, Marina Ahmad, 25; Mohd. Rofi Kori, 35, dan Ketua Pendaki Everest 2004, Muhammad Fauzan Hasan, 39, berjaya sampai ke puncak gunung setinggi 8,848 meter itui.

Kepulangan mereka disambut oleh Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said. Turut menyambut ketibaan rombongan itu ialah kira-kira 1,000 hadirin dan disiarkan secara langsung melalui TV Malaysia.

Khalid yang juga Presiden Persatuan Kembara Negara dan ketua pasukan Merdeka de’ Everest, mengalami masalah ‘mabuk gunung’ ketika perjalanan dari Kem 3 ke kem 4 pada paras ketinggian 7,200 meter.

Katanya, kegagalan itu tidak mematahkan semangat beliau untuk cuba mendaki puncak tertinggi di dunia itu pada masa akan datang.

Ketika ditanya saat-saat yang mencemaskan sepanjang ekspedisi itu, Khalid berkata, pengalaman ketika melalui Khumbu Icefall merupakan yang paling mendebarkan kerana kawasan itu dikenali sebagai ‘zon maut’ memandangkan ramai pendaki sebelum ini terkorban di kawasan itu.

– Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.