saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 16/06/2007

‘Pindah UM tindakan gila, kurang ajar’

KUALA LUMPUR 15 Jun – Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Profesor Diraja Ungku Aziz menyifatkan cadangan untuk membeli dan membangunkan tapak UM sebagai suatu yang ‘gila dan kurang ajar’.

Malah tegasnya, pihak-pihak terbabit langsung tidak mempunyai sifat patriotik kerana sanggup menawarkan harga bagi khazanah negara yang tidak ternilai itu.

‘‘Ini suatu cadangan yang gila. Individu tersebut fikir dia boleh beli apa sahaja yang dia mahu kerana ada banyak wang. Saya sendiri tak kenal orang yang cuba berbuat demikian.

‘‘Saya tidak fikir mana-mana universiti di luar negara sanggup dibeli oleh mana-mana individu hanya untuk kepentingan peribadi mereka kerana mereka sangat menghargai gedung ilmu,’’ ujarnya.

Sehubungan itu, Ungku Aziz menyeru semua graduan universiti berkenaan bersatu hati menentang sekeras-kerasnya cadangan tersebut.

‘‘Semua pihak perlu bangkit dan memainkan peranan bagi mempertahankan maruah Universiti Malaya.

‘‘Saya juga berharap perkara ini juga ditentang oleh pemimpin tertinggi kita. Kita harus bersama-sama mempertahankan maruah negara,’’ tegasnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan mengenai sebuah syarikat, Guocoland (M) Berhad dikatakan membuat tawaran untuk memindahkan UM ke Sepang, dan membangunkan tapak kampus itu sekarang sebagai pusat komersial dan perumahan, menerusi projek dianggarkan bernilai RM10 bilion.

UM ditubuhkan kira-kira seabad lalu iaitu pada 1905 di Singapura. Universiti yang terletak di Petaling Jaya ketika itu merupakan cawangan UM Singapura di Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada 1957.

Apabila UM berpindah ke Kuala Lumpur dan ditubuhkan pada 1962, bekas tapak universiti berkenaan di Singapura telah diganti oleh National University of Singapore.

Universiti berkenaan merupakan gedung ilmu terulung yang penuh dengan sejarah dan tradisi serta melahirkan ramai tokoh pemimpin negara yang berkaliber antaranya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz.

Sementara itu, pakar sejarah dan ahli akademik, Profesor Datuk Dr. Khoo Kay Kim mengingatkan pihak-pihak yang terbabit supaya tidak menjadi terlampau materialistik sehingga mengabaikan warisan negara.

“Jika tapak kampus dijual kepada pihak luar, seluruh rakyat khususnya bekas graduan UM dan para pelajar universiti ini pastinya berasa kecewa dan mereka akan memprotesnya.

“Kita menghargai warisan negara ini. Lebih-lebih lagi dasar kerajaan yang mengutamakan warisan negara dan usaha pemuliharaannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut ahli sejarah itu lagi: ‘‘UM ialah tempat untuk kita mengutamakan idea baru dan menanam nilai-nilai murni di kalangan mahasiswa dan mahasiswi demi kepentingan negara,” tegasnya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.