saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/06/2007

Pembantu rumah cuba lari dari tingkat 15


*Gambar 1: NEKAD...Samerin, seorang pembantu rumah warga Indonesia, yang dipercayai tidak tahan didera cuba melarikan diri dari rumah majikan dengan menggunakan kain yang disambung di sebuah kondominium di Sentul Indah, Kuala Lumpur, semalam.*Gambar 2: Anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat Sukarela Malaysia berusaha menyelamatkan Samerin sambil diperhatikan oleh beberapa orang penghuni di tingkat bawah sebuah kondominium di Sentul Indah, Kuala Lumpur. *Gambar 3: Samerin diselamatkan dan dibawa masuk ke dalam salah sebuah unit di tingkat bawah kondominium di Sentul Indah, Kuala Lumpur. – Gambar Ihsan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.


KUALA LUMPUR 16 Jun – Akibat tidak tahan didera sejak empat bulan lalu, seorang pembantu rumah warga Indonesia hari ini nekad melarikan diri dengan turun melalui tingkap rumah majikannya di tingkat 15 sebuah kondominium di Sentul Indah di sini menggunakan kain dan pakaian yang disambung-sambung.

Bagaimanapun, tindakan mangsa dilihat seorang pengawal keselamatan kondominium itu yang kebetulan meronda di tingkat bawah kawasan tersebut pada kira-kira pukul 11 pagi ini. Dia yang menyangkakan wanita itu ingin membunuh diri bergegas meminta bantuan Pasukan Bomba dan Penyelamat Sukarela Malaysia (MVFRA) yang kebetulan sedang mengadakan latihan kebakaran di bangunan berhampiran.

Pengarah Pusat Latihan MVFRA, K. Balasupramaniam memberitahu, beliau sedang menyampaikan ceramah di bangunan berdekatan apabila seorang pengawal keselamatan memaklumkan kepadanya mengenai kejadian tersebut.

‘‘Ketika kami tiba di tempat kejadian, mangsa sedang bergayut di tali yang disambung-sambung menggunakan baju, tuala mandi, selimut, seluar dan seluar dalam di tingkat 12 kondominium itu.

‘‘Saya ingat mangsa mahu membunuh diri, tetapi ketika kami berjaya membawanya turun, kami lihat mukanya dipenuhi lebam-lebam,’’ katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, selepas diselamatkan, mangsa yang hanya dikenali sebagai Samerin, 30-an mendakwa dia didera majikannya, seorang wanita berketurunan Cina, sejak mula bekerja pada Februari lalu.

Katanya, Samerin menyatakan bahawa dia sudah tidak tahan menanggung penderitaan itu dan nekad melarikan diri melalui tingkap.

‘‘Kedua-dua mata dan muka mangsa lebam serta calar selain terdapat kesan lebam di lehernya seperti dicekik.

‘‘Mangsa juga dalam keadaan lemah dan kurang bermaya ketika itu,’’ ujarnya.

Tambah Balasupramaniam, sejurus selepas diselamatkan, beliau membawa mangsa ke Ibu Pajabat Polis Daerah (IPD) Sentul bagi membuat laporan polis mengenai penderaan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner K. Kumaran ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

‘‘Kita sedang menyiasat perkara ini dan belum menahan majikan mangsa. Sekiranya perlu, kita akan menahannya kemudian,’’ katanya.

Dalam pada itu, Samerin ketika ditemui di pekarangan IPD Sentul memberitahu, dia mula mengikat baju, tuala mandi, selimut, seluar dan seluar dalam kira-kira setengah jam sebelum kejadian.

‘‘Saya ikat senyap-senyap kemudian turun,’’ ujarnya.

Mangsa mendakwa kali terakhir dia dipukul majikannya ialah pagi ini menyebabkannya tidak tahan lalu mengambil keputusan menyelamatkan diri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.