saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/06/2007

Tom Tom Bak cungkil bakat kanak-kanak


Dari kiri Haziq, Aznil, Eiesha dan Farah dalam segmen Jom Borak.


SETELAH mengumumkan tugasannya tamat sebagai pengacara Akademi Fantasia, kini Aznil Nawawi, yang terkenal menerusi program Macam Macam Aznil tampil dengan format baru.

Kali ini Aznil perlu berhadapan dengan kanak-kanak pula menerusi rancangan Tom Tom Bak. Ia merupakan program ketiga terbitan Astro Ceria selepas Afi dan Abah serta Gerak Geri Gasing.

Tom Tom Bak adalah sebuah rancangan aneka bakat dan ragam kanak-kanak yang akan mula disiarkan selama setengah jam di saluran Astro Ceria pada 12 tengah hari, 24 Jun ini.

Menerusi rancangan ini pengacara yang berusia 45 tahun itu akan dikenali sebagai Uncle Aznil.

Aznil yang ditemui sewaktu rakaman episod ke 12 Tom Tom Bak di studio Wisma Bawal, Petaling Jaya baru-baru ini berkata, sudah lama dia menunggu peluang untuk mengacara rancangan khas untuk kanak-kanak.

“Sebenarnya sudah lama saya teringin menjadi seperti Pakcik Jamal yang mengacara rancangan Taman Kanak-Kanak di radio dulu. Sememangnya saya amat menyenangi kanak-kanak dan pihak Astro pula telah merealisasikan impian saya itu,” katanya ceria.

Jelasnya, untuk mengendalikan program yang menampilkan tiga segmen seperti Siapa Itu?, Jom Borak dan Ada Bakat Ke?, dia perlu meletakkan diri seperti kanak-kanak yang terdiri daripada usia antara tujuh hingga 13 tahun.

Aznil yang akan tamat kontrak dengan Astro pada September ini memberitahu untuk program Tom Tom Bak tidak ada skrip disediakan. Semua jawapan yang dilontarkan oleh peserta adalah secara spontan.

Katanya untuk segmen Siapa Itu?, peserta bebas memilih tema untuk tampil dalam alam dewasa. Sewaktu kunjungan pihak media, peserta Darciny, 11 tahun memilih untuk menjadi doktor.

Memang kelakar kerana bila Aznil bertanya, doktor apa sakit saya. Dengan spontan sambil memeriksa Aznil dengan stetoskop, Darciny berkata jantung dan paru-paru Aznil berlubang.

“Dengan kanak-kanak kita tidak boleh menggunakan skrip sebab susah. Apa yang penonton dengar adalah jawapan yang lahir daripada hati mereka.

“Ada seorang kanak-kanak menjadi Perdana Menteri. Bila saya tanya, Perdana Menteri suka lagu apa, dia kata suka lagu kumpulan Data. Sebenarnya dengan kanak-kanak ini kita akan dapat jawapan yang tidak diduga, tapi memang seronok,” katanya yang ditemani oleh Haziq untuk segmen Jom Borak.

Untuk segmen Jom Borak, kata Aznil ada ketikanya dia terpaksa beralah kepada kebecokan Haziq. Dalam segmen ini dua kanak-kanak akan dijemput untuk berbincang tentang pelbagai perkara.

Bagi segmen Ada Bakat Ke? empat bakat baru sama ada solo atau berkumpulan akan menyanyi secara langsung dan miming untuk menunjukkan bakat masing-masing.

Melihat pada persembahan Jamilah Abu Bakar, 12, menerusi lagu Malaysia Truly Asia dan Puteri Asparina Hariza, 9, untuk lagu Mama Aku Ingin Pulang, anda pasti tidak percaya.

Malah persembahan mereka jauh lebih baik berbanding peserta program realiti yang pernah anda saksikan sebelum ini.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ceria, Shelina Razaly Wahi, pihak mereka telah melakukan beberapa siri uji bakat untuk memilih peserta.

Katanya, uji bakat diadakan bagi mengenengahkan bakat kanak-kanak yang selama ini jarang ditonjolkan.

Aznil bebas buat pilihan

MESKIPUN kontrak Aznil sebagai Pakar Runding Kreatif di Astro akan berakhir pada September ini, namun hingga kini dia belum membuat keputusan untuk kekal di saluran tersebut atau sebaliknya.

Kata Aznil banyak perkara yang perlu diambil kira bagi menjamin masa depannya.

“Sepanjang bekerja dengan Astro banyak kebaikan yang saya perolehi yang tidak pernah saya dapat sebelum itu. Setakat ini saya belum buat kata putus.

“Kalau ada stesen lain yang menawarkan saya bekerja sudah pasti saya akan fikirkan. Sebenarnya saya adalah jenis orang yang suka mencuba sesuatu yang baru,” katanya terus terang.

Malah Pengarah Eksekutif, Astro Entertainment Sdn. Bhd., Zainir Aminullah berkata sesuatu program yang dikendalikan oleh pengacara (Aznil) tersebut bukanlah menjadi miliknya.

Sebaliknya, kata Zainir pihak Astro sentiasa membuka ruang untuk mana-mana pengacara yang mampu mengendali program terbitan mereka.

“Ramai yang kata bila Aznil tidak kendali AF pasti tidak seronok. Sebenarnya, AF sudah ada paksi yang kuat dan sesiapa sahaja boleh mengendalikan program tersebut.

“Begitu juga dengan program Tom Tom Bak. Pada awal memang Aznil mengacara tapi siapa tahu akan datang orang lain pula. Malah pihak Astro juga tidak boleh menghalang Aznil jika dia ingin berhijrah,” katanya yang turut hadir di sesi rakaman episod 12 Tom Tom Bak.

Menyentuh mengenai pemilihan Aznil sebagai pengacara Tom Tom Bak, Zainir berkata semua itu bermula daripada Macam Macam Aznil.

Untuk program Macam Macam Aznil ada segmen pengacara itu dengan kanak-kanak. Melihatkan Aznil ada keserasian dengan kanak-kanak, maka dia dipilih untuk mengendali Tom Tom Bak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.