saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/06/2007

Roslan Aziz akui pernah kahwin tiga kali

WALAUPUN hampir lima tahun tidak bertemu muka dengan komposer yang tidak asing lagi, Roslan Aziz, 47, namun sikap ramah tamah dan cerianya tetap tidak berubah.

Tanyalah apa juga soalan, yang pasti anda akan mendapat jawapan yang spontan daripada komposer yang pernah digelar mulut celupar ketika menjadi salah seorang pengkritik Malaysian Idol dulu.

Biarpun kadangkala soalan itu begitu sensitif tetapi bagi Roslan, apa yang ditanya mesti ada jawapan dan yang pasti setiap jawapan itu lahir dari hatinya.

Sama ada jawapan itu pedih atau menyakitkan, itulah Roslan Aziz! Bekas Pengetua AF5 ini memang tidak tahu berselindung dan tidak mahu menjadi manusia hipokrit.

Sebab itu ketika bertemunya di kediaman keluarganya di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, Roslan tanpa berselindung mengaku dia adalah ayah kepada empat orang anak.

Katanya, perkahwinan pertamanya dengan penyanyi Sheila Majid dikurniakan dua orang anak iaitu Nur Khaleda Aziz, 16, dan Megat Abdul Majid Aziz, 13. Sementara perkahwinan kedua, dengan Sopphilea Abdul Hamid, 30, Roslan mempunyai seorang anak - Megat Ali, 5 tahun.

Perkahwinannya yang ketiga, dengan Hana Jamaluddin juga mendapat seorang cahayamata, Wan Aishah, 4 tahun.

“Walaupun hidup saya tidak dilimpahi kemewahan tetapi saya bersyukur kerana saya mempunyai empat orang anak. Walaupun cuma seorang duduk dengan saya tetapi saya bangga ada empat orang anak,” kata Roslan telus.

Menurut Roslan lagi, “Sebenarnya selepas berkahwin dengan Sopphilea pada tahun 2001, saya nikah pula dengan Hana. Jangan tanya kenapa, kerana saya anggap itu adalah jodoh.

“Tapi perkahwinan dengan Hana hanya bertahan tiga tahun (2002-2005) dan anak saya dengan Hana kini di bawah jagaannya.

“Mulanya saya terima jodoh itu tetapi akhirnya saya menyedari saya tidak mampu membahagikan kasih kepada dua orang isteri pada satu masa. Saya tidak mahu menjadi seorang suami atau lelaki yang tidak berperikemanusiaan terutama apabila hari raya.

“Jadi demi menjaga hati kedua-dua wanita itu dan tidak mahu menyeksa mereka, saya ceraikan Hana kerana Sopphilea lebih dahulu saya nikahi berbanding Hana,” kata Roslan.

Kini kata Roslan, dia bersyukur kerana Sopphilea tidak pernah menghalangnya untuk bertemu dengan Wan Aishah.

“Sopphilea adalah seorang isteri yang baik. Dia bukan sahaja memberi semangat dan cahaya dalam hidup saya malah dia tidak pernah berdendam dengan sesiapa.

“Sebagai ayah, saya sentiasa rindukan anak-anak saya dan sentiasa berdoa semoga mereka sentiasa selamat dan bahagia,” kata Roslan sambil memandang Megat Ali yang aktif dan ceria.

Mula aktif

Lima tahun Roslan menjauhkan diri daripada dunia seni. Selama itu, komposer yang cukup dikenali melalui lagu ciptaannya Pengemis Muda (dirakamkan Sheila Majid) itu menjalani hidup seperti orang biasa tanpa seni yang diminatinya.

“Setelah saya berkahwin dengan Sopphilea barulah saya meneruskan minat dan kerjaya saya. Sopphilea memang pendorong kerjaya saya.

“Sejak itu, saya sentiasa sibuk di studio milik saya dan Mukhlis yang terletak di Bangsar.

“Melalui studio ini, ia bukan sahaja memberi rezeki kepada saya dan keluarga RAP malah juga memberi peluang kepada para pemuzik lain.

“Misalnya melalui AF baru-baru ini, gubahan muzik yang saya buat juga dapat dinikmati mereka,” kata Roslan, tuanpunya RAP.

Memang terluka

Sopphilea yang sejak tadi mendengar temuramah dengan suaminya, terkedu seketika apabila ditanya perasaannya mendapat tahu Roslan Aziz berkahwin lain.

Tanpa berselindung, wanita bermata bundar dan redup ini berkata;

“Bohonglah kalau saya kata tidak terluka apabila mendengar berita itu. Apalagi ketika itu saya sedang mengandung empat bulan. Tetapi sebagai manusia biasa, saya berserah segalanya kepada takdir.

“Kalau sudah itu suratannya dan saya terpaksa bermadu ketika mengandung, saya terima dengan redha.

“Biarpun begitu saya tidak pernah menunjukkan wajah marah terhadap suami saya. Sekadar berdoa semoga dipelihara rumah tangga dan kebahagiaan hidup kami.

“Sebenarnya saya tidak tahu bila tarikh sebenar mereka bercerai dan jika itu pilihannya saya tidak boleh berkata apa. Cuma saya sering mengingatkannya untuk bertemu dengan Wan Aishah,” cerita isteri kesayangan Roslan ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.