saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 19/06/2007

Polis mungkin ambil keterangan semula

PETALING JAYA 18 Jun – Polis mungkin akan memanggil semula pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa didera oleh majikan di Bandar Sri Damansara kerana wujud beberapa keraguan mengenai kes itu.

Turut akan dipanggil ialah Ketua Pemuda UMNO cawangan Bandar Sri Damansara yang membawa pembantu rumah itu membuat laporan polis dan majikannya.

Difahamkan laporan pembantu rumah itu yang mendakwa ditumbuk, ditendang serta dipukul menggunakan kuali bercanggah dengan laporan majikannya, sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mazlan Mansur berkata, polis telah merekod keterangan daripada semua pihak yang terlibat petang semalam.

‘‘Kami sedang menyiasat kesahihan kedua-dua laporan yang dibuat,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut kerana dikhuatiri mengganggu siasatan.

Kelmarin, Lilis, 27, membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Buluh, dekat sini yang mendakwa dia lebam di pipi kiri serta calar di beberapa anggota badannya dipercayai ditumbuk majikan perempuannya.

Mangsa juga mendakwa sepanjang tempoh enam bulan dia bekerja di rumah majikan terbabit di Jalan Cempaka, Bandar Sri Damansara, Bandar Seri Damansara, dia turut disepak serta diterajang.

Kerana tidak tahan dengan kejadian itu, mangsa kemudiannya nekad melarikan diri kira-kira pukul 3 pagi, Jumaat lalu sebelum membuat laporan polis pada keesokkannya bersama Ketua Pemuda UMNO cawangan Bandar Sri Damansara, Azizi Abd. Razak.

Difahamkan majikannya yang merupakan seorang surirumah membuat laporan polis pada pukul 5 pagi, Jumaat lalu sejurus menyedari mangsa hilang dari rumah selepas memaklumkan perkara tersebut pada agensi pembantu rumah.

Laporan itu dibuat sehari sebelum mangsa membuat laporannya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.