saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 20/06/2007

Jentera serangan legakan Norizan

SHAH ALAM – Jurulatih kebangsaan, Norizan Bakar tidak bimbang dengan keupayaan jentera serangan yang menyempurnakan enam jaringan daripada 21 peluang ketika menewaskan Kemboja dalam perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Sebaliknya jurulatih itu, tampak lebih gembira dengan kemenangan 6-0 ke atas Kemboja daripada memperkatakan kekuatan sebenar jentera serangan yang diterajui oleh Hairuddin Omar dan Indra Putra Mahayuddin.

‘‘Mengapa mesti saya tidak puas hati dengan jentera serangan? Apakah perlu 21 peluang yang terhidang semua mesti menghasilkan gol’’ ujar Norizan.

Menerusi gandingan pemain Pahang itu, hanya Hairuddin menyumbangkan gol.

Manakala Indra Putra terkial-kial cuba memahatkan nama sebagai penjaring ketika peluang terhidang silih berganti gagal dimanfaatkan.

Peluang terbaik Indra Putra hadir seminit selepas babak kedua, apabila mengelecek dua pertahanan Kemboja dan berdepan dengan Samreth Seiha tetapi gopoh dengan bola sepakannya mudah masuk dalam dakapan penjaga gol itu.

Norizan merehatkan Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Safee Sali selepas kedua-dua pemain Selangor itu keletihan selepas mengharungi aksi separuh akhir Piala FA, Sabtu lepas.

Hanya jaringan pemain pertahanan, Rosdi Talib meledakkan sepakan dari jarak 30 meter menggegar jaring lawan pada minit ke-23 memulakan pesta gol skuad kebangsaan.

Lima gol lagi menerusi Eddy Helmi Manan (61, 88), Mohd. Ivan Yusoff (47), Hairuddin (58) dan Muhamad Aidil Zafuan pada minit ke-90.

‘‘Saya lega dengan kemenangan ini dan ia memberi kesan positif kepada pemain menjelang dua lagi perlawanan persahabatan menentang UAE dan Jamaica.

‘‘Sekurang-kurangnya saya perlukan keputusan dan kemenangan ini menjadi detik permulaan,’’ ujar Norizan.

Begitupun Norizan belum memikirkan kesebelasan utama yang bakal menggalas cabaran negara apabila memulakan kempen Piala Asia menentang China 10 Julai ini.

Dalam aksi kelmarin, Norizan mempertaruhkan Hardi Jaafar, Rezal Zambery Yahya, Norhafiz Zamani Misbah dan Shahrulnizam Mustafa untuk mengemudi bahagian tengah dan ia ternyata berkesan.

Begitu juga benteng pertahanan dengan menggandingkan Muhammad Kaironnisam, K. Nanthakumar, Rosdi Talib dan Mohd. Hamzani Omar dianggap kental mengekang serangan Kemboja.

Penjaga gol Azizon Kadir pula nyata tidak teruji sebelum dia digantikan dengan Mohd. Suffian Abdul Rahman pada babak kedua.

‘‘Untuk aksi UAE dan Jamaica, saya akan menurunkan Akmal Rizal, Safee Sali, Fadzli Saari,’’ ujarnya.

Dalam saingan Piala Asia, Malaysia diletak dalam Kumpulan C bersama China, Uzbekistan dan Iran.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.