saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 25/06/2007

Pelakon Izi Yahya meninggal akibat pendarahan otak

JOHOR BAHRU 25 Jun — Pelakon Izi Yahya yang terkenal dengan watak jahat dalam filem-filem lakonannya meninggal dunia pagi ini di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini akibat pendarahan otak.

Izi, 42, meninggal dunia kira-kira pukul 10.15 pagi setelah dimasukkan ke hospital itu semalam, kata bapanya Yahya Mat Samah.

“Arwah terjatuh dan pengsan ketika menjalani penggambaran dokumentari berjudul “Darurat” pada Sabtu lepas, sebelum dibawa oleh rakan-rakannya ke sebuah klinik di Mantin dan dirujuk ke Hospital Seremban,” katanya ketika ditemui di rumah mayat HSA.

Yahya, 77, berkata, difahamkan akibat ketiadaan doktor pakar di Hospital Seremban, Izi dikejarkan ke HSA untuk menjalani pembedahan akibat pendarahan di bahagian otaknya.

Bagaimanapun, katanya, pembedahan itu tidak dapat dilakukan memandangkan keadaannya yang koma sehingga beliau meninggal dunia pagi ini.

Allahyarham Izi yang merupakan anak keempat daripada enam adik-beradik meninggalkan seorang anak lelaki berumur 8 tahun, Mohd. Zizi dan isteri, Suraya Abdullah berumur 30-an.

“Arwah yang menghidap sakit jantung pernah menjalani satu pembedahan pada tahun 80-an. Bagaimanapun, kami sekeluarga tidak mengetahui perkembangan penyakit itu kerana Izi seorang perahsia,” katanya.

Allahyarham Izi yang dikenali sebagai “Koboi” di kalangan keluarga, mula menceburi dunia lakonan ketika mengambil kursus Fotografi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Peretak, Selangor.

Lakonan pertamanya ialah dalam filem “Ali Setan” dengan memegang watak “Jeff” dan menerusi watak tentera Jepun, Leftenan Akaishi dalam filem “Embun” beliau memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-16 pada tahun 2003.

Jenazah allahyarham dituntut keluarga kira-kira pukul 1 tengah hari dan dibawa ke pulang ke kediaman keluarganya di Datuk Keramat, Kuala Lumpur untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ulu Kelang, malam ini. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.