saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 25/06/2007

SK Sungai Binjai - Menangani segala rintangan

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, Meru di Klang, Selangor ialah sekolah kebangsaan yang paling padat di Malaysia, dengan jumlah muridnya 3,185 orang.

Sebuah kelas menampung sehingga 47 orang.

Dengan jumlah murid yang cukup padat itu, maka segala sumber fizikal dan manusia yang ada, perlu digunakan sepenuhnya - termasuk bangunan kayu usang sejak tahun 1955.

Kawasan lapang sekangkang kera seluas padang tenis digunakan untuk pelbagai aktiviti kokurikulumnya secara bergilir-gilir. Padang yang berlopak pada setiap kali hujan itu turut menyukarkan kegiatan kokurikulumnya.

Lapangan tanah tar juga digunakan untuk berkawad.

Ketika membuat tinjuan ke sekolah itu baru-baru ini, timbul seribu satu persoalan tentang bagaimana dengan segala kekurangan itu, SK Sungai Binjai masih mampu mencatur kegiatan luar bilik darjah sehingga muncul sebagai salah sebuah sekolah yang menerima Anugerah Sekolah Cemerlang Kokurikulum bagi Kategori Badan Beruniform Sekolah Rendah, baru-baru ini.

Apakah kekuatan yang mendorong kepada dinamisme itu?

Guru Besar SK Sungai Binjai, Abdul Aziz Mohamad ketika ditemui baru-baru ini memberitahu, kalau guru mempunyai komitmen, banyak kejayaan boleh dicapai walaupun kelihatan mustahil.

Sikap positif guru di sekolah itu sudah tergambar apabila beliau berkata:

``Lebih 70 peratus cikgu di situ tidak pernah bersungut apabila diminta datang bertugas pada Sabtu dan Ahad.''

Ditanya kalau amalan sekitar, seperti faktor pemakanan turut memberi kesan kepada `kecergasan' murid di Meru, yang majoritinya berketurunan Jawa, beliau berkata, mungkin makanan seperti tempe turut menyumbang kerana kandungan proteinnya yang tinggi.

``Di kantin, memang saya galakkan menjual air soya yang dihasilkan sendiri oleh pengusaha kantin,'' katanya.

Selain itu, beliau melarang jualan makanan ringan.

Sekolah itu mencatat banyak kejayaan dari segi kokurikulum sama ada di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Salah satu aktiviti kokurikulum yang telah melonjakkan nama sekolah itu di peringkat kebangsaan ialah kejayaan pasukan kawad kaki sejak 2002 sehingga sekarang.

Sejak 2002, selama lima tahun berturut-turut, sekolah itu muncul johan dan naib johan pada peringkat kebangsaan, termasuk ketua platun terbaik.

Di peringat kebangsaan pula, sekolah itu yang hanya mendapat tempat ketujuh pada 2004, melonjak johan pada 2005, 2006 dan naib johan pada tahun ini,dan masih mengekalkan gelaran ketua platun terbaik.

Untuk sampai ke tahap itu, kata Abdul Aziz, peserta akan mengikuti perkhemahan latihan selama 14 minggu, iaitu dua hari setiap kali latihan.

Ditanya kalau aktiviti itu akan menjejaskan prestasi akademik murid, khususnya murid tahun enam yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Abdul Aziz berkata, enam daripada sembilan peserta kawad kaki mendapat 5A, dan yang lainnya sama ada mendapat 4A atau 3A.

``Jadi tidak timbul isu kokurikulum menjejaskan pencapaian akademik pelajar,'' katanya.

Pada tahun ini bilangan calon UPSR sahaja berjumlah 795 orang.

Beliau menegaskan, penekanannya adalah tetap kepada kecemerlangan akademik, dan telah dibuktikannya apabila muncul terbaik keputusan UPSR Zon Meru dan mempunyai calon 5A paling ramai di Daerah Klang.

Sekolah itu juga cemerlang dalam kegiatan sukan dan permainan.

Dalam sukan bola sepak, ragbi rimau dan sofball, beberapa murid sekolah itu dipilih mewakili negeri Selangor ke peringkat kebangsaan.

Menurut beliau, untuk tujuan latihan, pihak sekolah kerap menggunakan padang bandaran Meru, kerana yang sedia ada terlalu sempit dan kerap bergenang air.

Kata Abdul Aziz yang telah 32 tahun menjadi pendidik, niatnya ketika mula mentadbir di sekolah itu adalah untuk menaikkan imej sekolah berkenaan sebagai yang paling cemerlang.

Ke arah itu, antara yang dilakukannya ialah mengadakan kelas tambahan sejak awal tahun, dan mengadakan latih tubi dari semasa ke semasa.

``Formula menggandakan kekerapan latih tubi memang berkesan di sekolah saya ini,'' katanya.

Oleh sebab kos kertas yang mahal, Abdul Aziz menggunakan sepenuhnya sumber yang ada - peruntukan motivasi dan kokurikulum, dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sumbangan Wang Awam (SWA), sumbangan orang perseorangan dan sebagainya.

Ditanya sama ada beliau ada memohon untuk menjadikan SK Sungai Binjai sebagai Sekolah Kluster, Abdul Aziz berkata: ``Tunggulah sehingga infrastruktur sekolah ini dibaik pulih sepenuhnya.''

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.