saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 26/06/2007

Kerajaan tidak pernah iktiraf CTOS

KUALA LUMPUR 25 Jun – Kerajaan tidak pernah mengiktiraf Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) untuk menyalurkan maklumat kewangan individu kepada institusi perbankan atau pihak lain bagi tujuan rujukan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas menegaskan, kerajaan juga tidak pernah mengeluarkan lesen kepada CTOS untuk bertindak sebagai badan carian apatah lagi menyimpan maklumat peribadi orang ramai.

Beliau berkata, kerajaan juga memandang serius tindakan bank, institusi kewangan atau badan lain di negara ini yang menggunakan khidmat CTOS sebagai carian untuk mendapatkan maklumat peribadi pelanggan serta orang ramai.

‘‘Apa hak mereka untuk menyimpan maklumat peribadi orang ramai, siapa bagi kebenaran,’’ katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai rungutan sesetengah pihak yang mendakwa disenarai hitam dalam sistem CTOS setelah menghadapi masalah kewangan seperti gagal menjelaskan bayaran ansuran atau melunaskan pinjaman.

Malah, agensi itu juga gagal untuk mengeluarkan nama peminjam walaupun telah melangsaikan tunggakan pinjaman, selain memaparkan maklumat kewangan remeh yang menjejaskan kewibawaan kredit seseorang.

Sehubungan itu, Kayveas berkata, kerajaan sedang mengumpul maklumat daripada orang ramai terhadap CTOS sebelum tindakan diambil.

Beliau juga memberitahu hampir satu pertiga ahli-ahli Parlimen mempunyai rekod di CTOS.

Katanya, lebih membimbangkan pihak berkuasa tempatan (PBT) cuba menggunakan CTOS untuk memaksa orang ramai menjelaskan bayaran seperti tunggakan meletak kenderaan dan sebagainya.

Ditanya mengapa institusi perbankan menggunakan CTOS, beliau berkata, ini kerana tidak ada syarikat lain yang menyediakan maklumat seperti itu buat masa kini.

‘‘Kini ada majikan menggunakan CTOS bagi memeriksa maklumat latar belakang bakal pekerja.

‘‘Kalau agensi ini tidak memastikan maklumat yang diberi adalah terkini, ia akan menjejaskan peluang individu berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, perbuatan itu juga dilihat sebagai tidak bertanggungjawab memandangkan pelanggan dikenakan bayaran bagi merujuk pangkalan data CTOS.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:13
Asar 4:31
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.