saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 26/06/2007

Anugerah Cemerlang Kokurikulum 2007 -- SMK Perimbun, SK Puteri muncul terbaik

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Perimbun, Selangor, muncul juara keseluruhan kategori sekolah menengah Anugerah Sekolah Cemerlang Kokurikulum bagi tahun 2007.

Keseluruhan sekolah rendah pula dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Puteri, Negeri Sembilan.

Bagi Kategori Beruniform Sekolah Rendah, johan naib johan dan tempat ketiga ialah:

1. SK Sungai Binjai Meru di Klang, Selangor

2. SK Keroh, Perak

3. SK Taman Selasih, Kedah

Kategori Badan Beruniform Sekolah Menengah

1. SMK Victoria, Kuala Lumpur

2. SMK Batu Lintang, Sarawak

3. SMK Palong 7, Negeri Sembilan

Kategori Kelab/Persatuan Sekolah Rendah

1. SK Sungai Kertas, Selangor

2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Cheng, Perak

3. SJKC Jalan Davidson, Kuala Lumpur

Kategori Kelab/Persatuan Sekolah Menengah

1. SMK Kepong, Selangor

2. SMK Jitra, Kedah

3. SMK Maktab Sabah, Sabah

Sementara itu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataan akhbar tentang anugerah itu memberitahu, pengetua dan guru besar bertanggungjawab untuk memberi penekanan kepada kokurikulum serta menggalakkan penglibatan ibu bapa.

``Adalah penting untuk mencambahkan pengetahuan mereka (ibu bapa) tentang pelbagai aktiviti yang dijalankan, dan seterusnya menggalakkan anak-anak untuk bergiat aktif,'' tegasnya.

Kata Menteri Pelajaran, penekanan terhadap pelaksanaan dan penglibatan dalam kokurikulum di sekolah bertujuan memastikan semua pihak - guru, pelajar dan ibu bapa serta masyarakat - tidak menganggap aktiviti kokurikulum sebagai aktiviti sampingan.

``Saya amat yakin bahawa kegiatan kokurikulum mampu menyediakan asas yang kukuh ke arah pembentukan jati diri pelajar secara positif serta holistik yang merangkumi peningkatan daya kepimpinan, daya saing, disiplin, kreativiti serta perkembangan kemahiran sosial pelajar, selain mengukuhkan integrasi dan interaksi dalam kalangan mereka,'' ujarnya.

Menyentuh tentang anugerah tersebut, Hishammuddin berkata, penghargaan diberikan kepada sekolah di seluruh negara yang mencipta kejayaan membanggakan dalam aktiviti kokurikulum yang disertai, sama ada di peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

``Anugerah ini diharap akan memberi motivasi serta perangsang kepada semua pengetua, guru besar serta guru dari seluruh negara dalam usaha mempertingkat prestasi pelaksanaan setiap aktiviti kokurikulum di sekolah masing-masing.

Anugerah berkenaan bermula pada tahun lepas.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.