saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 02/07/2007

Kajian: Kuasa membeli orang Melayu lebih tinggi

KUALA LUMPUR 1 Julai – Orang Melayu hari ini memiliki kuasa membeli serta kemahuan yang tinggi berbanding masyarakat lain dan seterusnya menolak tanggapan sebelum ini yang menyatakan sebaliknya.

Menurut Pengarah Urusan Carat Media Services (M) Sdn. Bhd., Roy Tan berkata, penyataan adalah satu kaji selidik yang dijalankan oleh pihaknya untuk mengkaji hubungan sikap pengguna dengan produk keperluan harian serta reaksi terhadap media.

‘‘Kajian hubungan pengguna (CCS) merupakan satu kajian terperinci terhadap perhubungan di antara sikap mereka dengan sesuatu produk yang berada di pasaran, ia juga dapat memberi maklumat tentang apa yang diperlukan oleh mereka dalam kehidupan seharian mereka,’’ katanya.

Carat Media Services (M) Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pakar media pertama ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1991.

Kajian ini dijalankan ke atas sejumlah 10,000 panel pengguna yang tinggal di empat bandar di sekitar Semenanjung Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Kajian itu dijalankan sekitar bulan Februari hingga April tahun ini dan ia merupakan kajian yang terkini terhadap cara hidup masyarakat yang tinggal di bandar.

Menurut Tan, orang Melayu hari ini mempunyai kuasa membeli yang tinggi kerana beberapa faktor termasuk mereka memiliki jumlah ahli keluarga yang besar berbanding Cina dan India di negara ini.

‘‘Sebanyak 20 peratus daripada mereka mempunyai bilangan ahli keluarga melebihi lima orang berbanding hanya 11 peratus untuk Cina dan 10 peratus untuk India,’’katanya lagi.

Sehubungan itu, kata beliau, orang Melayu akan berbelanja lebih banyak untuk keperluan harian mereka berbanding Cina dan India kerana mereka memiliki jumlah ahli keluarga yang lebih kecil.

Selain itu, 45 peratus daripada orang Melayu pada hari ini merancang untuk mengamalkan pemakanan yang sihat kerana mereka juga mementingkan kualiti kehidupan yang lebih baik.

Faktor-faktor lain adalah orang Melayu semakin mengutamakan kehidupan yang lebih selesa berbanding dahulu.

Sebanyak 27 peratus daripada orang Melayu yang di temubual merancang membeli rumah kediaman baru untuk diduduki dalam tempoh 12 bulan akan datang dan 10 peratus daripada mereka merancang berbelanja lebih RM5,000 untuk mengubah suai kediaman mereka, kata Tan.

Beliau menambah, orang Melayu yang tinggal di bandar kini memiliki minat membaca yang tinggi berbanding Cina dan India.

Sebanyak 26 peratus daripada orang Melayu yang tinggal di bandar meminati bahan bacaan dalam talian berbanding hanya 18 peratus bagi Cina dan 11 peratus bagi India.

Selain itu, kata Tan, sejumlah 32 peratus daripada orang Melayu hari ini menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian dan jumlah itu adalah lebih besar berbanding 20 peratus untuk Cina dan 15 peratus untuk India.

Sebanyak 43 peratus orang Melayu yang tinggal di bandar menyatakan memiliki insurans kesihatan adalah satu kemestian dan sembilan peratus daripada mereka merancang membelinya dalam tempoh 12 bulan akan datang.

‘‘Jumlah itu hampir menyamai bilangan orang Cina yang berkongsi pendapat sama iaitu 47 peratus dan jumlah orang Melayu yang merancang untuk membeli insurans dalam tempoh terdekat ini adalah dua kali lebih tinggi berbanding orang Cina,’’ katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.