saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/07/2007

Perubatan: Darah belangkas bakal dikomersialkan

KOTA BHARU 1 Julai – Darah belangkas, yang mengandungi bahan yang boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin dan mempunyai nilai tinggi dalam bidang perubatan, bakal dikomersialkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof. Datuk Dr. Sulaiman Md. Yassin berkata haiwan itu amat bernilai daripada segi perubatan dan darahnya mencecah sehingga USD5,000 seliter di Amerika Syarikat.

“Ia haiwan unik dan mempunyai banyak potensi dalam bidang perubatan dan juga kosmetik. Pasarannya memang ada terutama di peringkat antarabangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu mewakili UMT menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Koperasi Industri Desa Islam Kelantan Bhd (KIDIKB) untuk penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan belangkas.

KIDIKB diwakili pengerusinya Datuk Dr. Ilias Husain dan majlis pemeteraian perjanjian itu disaksikan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed.

Projek yang diketuai Dr. Zaleha Kasim itu turut menjalankan kerja- kerja pemuliharaan belangkas yang semakin pupus di negara ini.

Dr Sulaiman berkata kajian Institusi Akuakultur Tropika UMT itu mendapati darah belangkas juga boleh dijadikan ubat untuk penyakit diabetes dan beberapa jenis penyakit lain yang masih di peringkat awal penyelidikan.

Insititusi itu juga telah memohon geran sebanyak RM3 juta untuk tujuan penyelidikan dengan dibantu kira-kira 10 penyelidik terdiri daripada pelajar sarjana dan doktor falsafah UMT.

Institusi itu juga merancang untuk membina sebuah makmal pengesahan bernilai RM10 juta untuk menghasilkan produk berkenaan yang telah sedia untuk dihasil dan dipasarkan.

“Daripada segi pasaran, ia sememangnya tidak ada masalah kerana ekstrak darah belangkas sebagai kit perubatan mengesan ketulenan ubat telah beberapa tahun digunakan di beberapa negara Eropah, Timur Tengah, Amerika Syarikat dan Jepun.

“Produk perubatan daripada belangkas ditemui pengkaji Amerika Syarikat pada tahun 1975 dan ia mula dikomersialkan pada tahun 1988,” katanya.

Sementara itu, Dr Ilias berkata buat permulaan seramai 500 peserta terdiri daripada nelayan dan golongan miskin tegar terutama di kawasan Pasir Puteh, Kelantan akan dipilih untuk memelihara belangkas secara dalam sangkar.

“Setiap peserta akan diberi 500 ekor belangkas untuk dipelihara. Selain nilai komersial daripada segi perniagaan, projek ini secara tidak langsung membantu golongan memerlukan ini menambah pendapatan untuk membaiki taraf hidup mereka,” katanya.

– Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.