saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 07/07/2007

283 termasuk 9 ketua gengster ditahan

KUCHING 6 Julai – Pelancaran Ops Cantas Kenyalang dan penubuhan pasukan khas untuk menggempur kegiatan gengster di Sarawak mula membuahkan hasil apabila 283 gengster dan sembilan ketua kumpulan ditahan sehingga ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata sejak operasi itu dilancarkan pada April lalu, ekoran aduan kegiatan gengster semakin berleluasa di Sarawak, 145 gengster telah didakwa di mahkamah kerana memeras ugut, merusuh, dan melakukan ugutan jenayah.

Pasukan petugas turut berjaya menahan 51 individu yang terlibat dalam kegiatan memeras ugut berhubung aktiviti pembalakan haram khususnya di Bintulu, Sematan dan Lundu.

“Polis turut menahan empat individu dalam dua kes melibatkan kongsi gelap dalam aktiviti penyeludupan diesel bersubsidi di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada 27 Ketua Polis Daerah (KPD) di Sarawak, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini hari ini.

Wan berkata sembilan ketua kumpulan kongsi gelap dan orang kanan kumpulan telah ditahan di bawah Ordinan Darurat 1969 termasuk tahanan terbaru iaitu ketua kumpulan Chieng Lee di Bintulu Sabtu lalu.

“Saya puas hati (Ops Cantas Kenyalang) kerana kerjasama daripada orang awam sama ada dengan memberi maklumat atau tampil menjadi saksi, telah membolehkan polis membuat lebih banyak tangkapan dan lebih ramai gengster didakwa di mahkamah.

“Sehubungan itu, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada penduduk Sarawak kerana mempunyai keyakinan kepada kami,” katanya.

Ditanya mengenai tahap keseriusan kegiatan pembalakan haram di negeri ini, Wan berkata, “Saya tak tahu”.

Beliau berkata polis akan bekerjasama dengan Unit Keselamatan dan Perlindungan Aset (SAPU) Jabatan Perhutanan untuk membanteras kegiatan itu.

Mengenai sama ada individu-individu yang terlibat dalam kegiatan itu berhubung kait dengan syarikat pembalakan di negeri ini, Wan enggan mengulas.

“Ia masih disiasat. Mereka baru ditangkap. Tolong jangan buat spekulasi. Ia sensitif kepada individu dan pertubuhan tertentu,” katanya.

Untuk merapatkan kerjasama antara polis dengan orang awam, Wan berkata ketua polis di setiap daerah akan mengadakan sesi perjumpaan dengan orang awam setiap Khamis, dari pukul 10 hingga 12 pagi.

“Perjumpaan ini membolehkan orang awam memberi maklumat kepada polis, mengetahui aktiviti-aktiviti jenayah di kawasan itu atau melaporkan kelakuan anggota polis kepada KPD,” katanya.

– Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.