saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/07/2007

Zaiton Sameon rakam album terakhir


GAYA Zaiton sewaktu menyanyikan lagu rancak yang berjudul Hot Stuff.


SELEPAS terbabit dalam bidang nyanyian selama hampir 30 tahun, Zaiton Sameon akhirnya mengambil keputusan bersara daripada merakamkan album pada tahun ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Menaruh Harapan itu kini sedang dalam proses merakamkan album terakhirnya yang dijangka akan berada di pasaran pada hujung tahun ini.

Bagaimanapun Zaiton atau lebih mesra dengan panggilan Kak Eton, enggan mendedahkan sebab beliau mengambil keputusan untuk bersara.

“Ia terlalu peribadi buat diri saya. Tidak perlulah ia dihebahkan kepada orang lain. Biarlah saya simpan rahsia itu dalam hati sahaja.

“Ini adalah keputusan muktamad saya,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan persembahan pada majlis sambutan sempena hari lahirnya yang ke-51 tahun anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di Lanai Warisan Seni, Kuala Lumpur malam kelmarin.

Menurut Zaiton, meskipun tidak merakamkan album baru tetapi pada masa yang sama beliau tetap akan menerima undangan mengadakan persembahan pentas.

“Tetapi saya menyanyi pun tidak lama, mungkin dalam tiga hingga empat tahun sahaja. Selepas itu, saya bukan sahaja tidak akan merakamkan album baru, tetapi saya juga akan bersara terus daripada bidang nyanyian,” ujarnya.

Skim pencen

Dalam pada itu, Zaiton bersyukur apabila Karyawan sudi menghulurkan RM500 setiap bulan mulai bulan ini sepanjang hayatnya menerusi Skim Pencen Artis Veteran yang diusahakan oleh persatuan tersebut.

Pada majlis sambutan hari lahirnya itu, beliau diraikan oleh ramai rakan-rakan artis termasuklah Mawi, Mila (AF5), Datuk M. Daud Kilau, Shawal (AF5), kumpulan Redang dan Andre Goh.

Zaiton tidak ketinggalan menyampaikan lagu-lagu popularnya seperti Menaruh Harapan selain berduet dengan Mawi menerusi lagu Jangan Pisahkan.

Sementara itu, menurut Shahril Sameon yang juga merupakan adik dan pengurus Zaiton, album yang akan memuatkan 18 buah lagu itu dihasilkan selepas tiga tahun penyanyi itu sepi tanpa album baru.

Kali terakhir Zaiton muncul dengan album baru ialah pada tahun 2004 menerusi album berjudul Cinta Sepanjang Masa dan Menadah Impian (2003).

Jelas Shahril, album tersebut akan memuatkan lagu-lagu malar segar Zaiton selain menampilkan rakaman suara anak kakaknya iaitu Allahyarham Azirwan Abu Bakar yang terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 1990.

“Ketika kemalangan yang turut membabitkan Zaiton itu, arwah Azirwan baru berusia 13 tahun. Album itu akan menjadi buah tangan terakhir Zaiton untuk para peminatnya.

“Suara arwah juga tentunya akan meninggalkan kenangan yang amat mendalam Zaiton terhadap anak tunggalnya itu,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.