saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 12/07/2007

Tokoh korporat Amin Shah tersingkir


AMIN SHAH OMAR SHAH.


KUALA LUMPUR 11 Julai – Tan Sri Amin Shah Omar Shah tersingkir daripada kerusi lembaga pengarah dan jawatan pengarah bukan bebas bukan eksekutif Bolton Bhd. (Bolton) tetapi masih kekal sebagai pemegang saham tunggal terbesar syarikat itu.

Penyingkiran Amin Shah yang memegang 22 peratus kepentingan dalam Bolton itu dilakukan menerusi undian semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-44 syarikat itu hari ini apabila lebih 60 peratus daripada pemegang saham Bolton mengundi untuk menyingkirkan beliau.

Amin Shah tidak menghadiri AGM itu.

Ketika mengumumkan keputusan undian yang membabitkan pelabur yang menguasai 146 juta saham daripada keseluruhan 214 juta saham dalam Bolton itu, Pengerusi Eksekutif Bolton, Datuk Azman Yahya berkata, penyingkiran Amin Shah tidak memberi kesan negatif terhadap perniagaan syarikat itu.

“ Amin Shah disingkirkan dari lembaga pengarah Bolton dan jawatan pengarah bukan bebas bukan eksekutif Bolton atas alasan beliau hanya hadir pada empat daripada tujuh mesyuarat lembaga pengarah yang dijalankan.

“ Saya sendiri sebagai pemegang saham dalam Bolton bersama-sama sebahagian besar daripada kira-kira 70 pemegang saham Bolton yang hadir pada mesyuarat hari ini turut mengundi untuk tidak memilih semula Amin Shah sebagai pengarah,” kata Azman pada sidang akhbar selepas AGM Bolton, di sini.

Amin Shah, 53, yang merupakan antara tokoh korporat terkemuka negara era 90an menyertai barisan lembaga pengarah Bolton pada 26 Februari 2004 sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif sebelum dilantik ke jawatan pengarah bukan bebas bukan eksekutif firma hartanah itu beberapa bulan selepas itu.

Amin Shah terlibat dalam pelbagai perniagaan di dalam dan luar negara, daripada industri seperti kejuruteraan berat, pembinaan kapal, pengilangan dan hartanah.

Pada Januari 2006, Amin Shah melepaskan jawatan Pengerusi dan Pengarah PSC Industries Bhd. (PSCI) setelah Boustead Holdings Bhd. memberi notis penganjuran mesyuarat agung luar biasa (EGM) PSCI bagi menyingkirkan Amin Shah sebagai Pengerusi Eksekutif syarikat pembuat kapal itu.

Kerusi Amin Shah dalam PSCI itu dikosongkan ekoran kegagalan beliau untuk hadir pada mesyuarat lembaga pengarah lebih separuh daripada jumlah mesyuarat semasa bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2005.

Mengulas lanjut, Azman berkata, selepas penyingkiran Amin Shah itu, pihaknya akan meneruskan program pemulihan Bolton dengan menumpukan kepada beberapa rancangan termasuk menjual aset bukan teras, menambah pemilikan tanah di seluruh negara dan meninjau projek hartanah berpotensi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pengawas Pemegang Saham Minoriti, Abdul Wahab Jaafar Sidek pula berkata, kegagalan Amin Shah menghadiri mesyuarat lembaga pengarah dan AGM hari ini dianggap suatu ‘jenayah’ yang berat dalam dunia korporat.

“ Kalau Amin Shah sudah tidak mahu hadir dalam mesyuarat lembaga pengarah dan tidak mahu bersemuka dengan pemegang-pemegang saham syarikat, itu jelas membuktikan beliau tidak berminat untuk memajukan syarikat dan ini sudah tentu tidak baik untuk pemegang-pemegang saham,” tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.