saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 14/07/2007

Bapa tarik balik wang jaminan anak kes rogol

BUTTERWORTH 13 Julai – Seorang bapa bertindak menarik balik wang jaminan RM5,000 yang telah dibayar untuk membebaskan anak lelakinya yang didakwa terbabit dalam satu kes rogol bulan lalu selepas mengetahui anaknya itu kini disiasat pula berhubung dua lagi kes rogol baru-baru ini.

Bapa tersebut yang dikenali sebagai Fadzil berusia lingkungan lewat 50-an bertindak demikian selepas anaknya yang kini berada dalam jaminannya telah ditahan reman berhubung dua lagi kes rogol di Kulim, dekat sini.

Hakim Mahkamah Sesyen, Chan Jit Li kemudian membenarkan permohonan Fadzil yang disampaikan melalui peguam Hadi Mulyana Chitrawijaya Suyadi di sini hari ini.

“Saya terpaksa menarik balik ikat jamin tersebut kerana tidak mampu untuk menampung kos ikat jamin untuk dua lagi kes yang disabitkan ke atas anak saya,” katanya.

Terdahulu, pada 21 Jun lalu, tertuduh Abdullah Fadzil, 21, dihadapkan ke mahkamah sama atas kesalahan merogol seorang gadis berusia 12 tahun di Hotel Pah Tai, di sini kira-kira pukul 4.30 pagi pada 7 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh ditahan reman sekali lagi mulai 2 Julai lalu berhubung dua lagi kes rogol di Kulim, dekat sini membabitkan dua remaja belasan tahun.

Sementara itu, Jit Li menetapkan 6 Ogos ini bagi sebutan semula kes tersebut sementara menunggu laporan perubatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa, Cif Inspektor Ng Eng Hooi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.