saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 15/07/2007

Penulis laman web fitnah dijejaki

JITRA 14 Julai – Polis sedang menjejaki penulis-penulis laman web yang menyebarkan fitnah terutama kepada para pemimpin negara dalam usaha membendung gejala yang boleh menjejaskan perpaduan.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharum menegaskan, beliau telah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan terperinci bagi mengesan para penulis terbabit.

“Kalau dapat kesan, saya harap tindakan tegas dapat diambil ke atas mereka seterusnya mengelakkan laman-laman web seumpama itu terus merosakkan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian serentak mesyuarat perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kubang Pasu yang disempurnakan oleh Ketua Penerangan parti, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib di Dewan Wawasan Kubang Pasu di sini hari ini.

Mohd. Johari merupakan salah seorang pemimpin negara yang pernah difitnah oleh laman web kononnya beliau terbabit rasuah.

Bagaimanapun Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail pada Rabu lalu mengarahkan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap beliau ditutup kerana tiada apa-apa keterangan yang boleh mengaitkannya dengan sebarang kesalahan rasuah.

Berucap pada majlis itu, beliau terharu dengan sokongan masyarakat dan pemimpin di kawasannya yang banyak membantunya menghadapi tuduhan berkenaan.

“Ketika menghadapi tuduhan ini, saya banyak menerima panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas daripada pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan dari masyarakat setempat yang menyatakan sokongan mereka terhadap saya.

“Saya berjanji selagi diberi mandat menjadi pemimpin di sini, saya tidak akan mengkhianati amanah yang diberikan,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.