saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 15/07/2007

400 mangsa HIV Libya dibayar RM1.36 bilion

PARIS 14 Julai – Bulgaria dan beberapa negara lain akan mem- bayar RM1.36 bilion (AS$400 juta) kepada keluarga lebih 400 kanak-kanak Libya yang dijang- kiti virus HIV didakwa akibat perbuatan sengaja lima jururawat Bulgaria dan seorang doktor Palestin.

Mereka berenam telah dijatuhi hukuman mati dalam kes tersebut.

Akhbar Perancis, Le Figaro hari ini melaporkan, setiap keluarga akan menerima RM3.4 juta (AS$1 juta) menurut penyelesaian kes itu.

Ia memetik anak lelaki pemimpin Libya, Kolonel Muammar Gaddafi, Seif al-Islam Gad- dafi sebagai berkata, wang itu akan dibiayai menerusi sumbangan antarabangsa dalam bentuk bayaran hutang.

“Negara-negara terlibat ialah Bulgaria, Slovakia, Croatia dan Republik Czech,” katanya.

Seif mempengerusikan Yayasan Gaddafi yang telah mengetuai rundingan bagi mencari penyelesaian kes itu.

Menteri Luar Bulgaria, Ivailo Kalfin semalam melahirkan keyakinan penyelesaian hampir dicapai bagi membolehkan mereka berenam diberi pengampunan.

Beliau bagaimanapun mengu- langi pendirian, Bulgaria tidak akan membayar ganti rugi kepada keluarga terbabit kerana ini akan membawa maksud lima rakyat Bulgaria itu bersalah.

Keenam-enam kakitangan pe- rubatan yang dipenjarakan sejak 1999 itu menegaskan mereka tidak bersalah, sementara pakar dan laporan saintifik asing menyatakan kanak-kanak tersebut dijangkiti HIV disebabkan tahap kebersihan yang tidak memuaskan di hospital berkenaan.

Wanita Pertama Perancis, Cecilia Sarkozy dan Ketua Staf Presiden, Claude Gueant berada di Libya minggu ini untuk menemui Muammar dan juru- rawat terlibat.

Majlis Kehakiman Tertinggi Libya yang diketuai oleh Menteri Kehakiman dijadual mengkaji semula kes itu pada Isnin ini.

Ia boleh membenar atau menolak sabitan kesalahan atau menjatuhkan hukuman lebih ringan ke atas mereka.

– AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.