saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 17/07/2007

Malam indah di Simfoni Putrajaya 2007

MALAM kelmarin di Putrajaya, satu lagi catatan sejarah terpahat dalam dunia seni tanah air sebaik konsert Simfoni Putrajaya 2007 melabuhkan tirainya.

Ini kerana mesej yang disampaikan penuh tersirat. Konsert simfoni yang pertama kali diadakan itu terbukti berjaya mengangkat nilai muzik sebagai landasan untuk melestari jiwa dan penghayatan tinggi warga generasi baru kepada semangat kemerdekaan.

Tentunya kuasa luar biasa pada muzik melalui konsert berkenaan dapat dimanfaatkan sempena meraikan ulang tahun kemerdekaan negara ke-50.

Jutaan penonton di rumah menyaksikannya di kaca TV secara langsung di saluran RTM1, manakala seramai 1,000 tetamu jemputan hadir di perkarangan Kompleks Seri Perdana itu.

Lebih istimewa, konsert itu dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah serta Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark.

Dua jam yang menghiburkan

Tepat pukul 9 malam, konsert dimulakan dengan segmen Di Atas Runtuhan Kota Melaka Didirikan Putrajaya. Irama instrumental Orkestra RTM membuka tirai persembahan.

Memanaskan malam yang dingin selepas hujan lebat di siang hari, menyusul segmen Simfoni Tanah Air yang membangkitkan semangat cintakan tanah air semasa berjuang menuntut, menyambut dan mengisi kemerdekaan.

Lalu bergema lagu-lagu seperti Kemegahan Negaraku dan Putera Puteri secara instrumental dan nyanyian Bahtera Merdeka oleh Aishah.

Simfoni Warisan Bangsa menjadi tema segmen seterusnya. Menampilkan lagu-lagu tradisional yang masih kekal zaman berzaman, segmen ini menyusuri nostalgia melalui lagu-lagu Bunga Tanjung dendangan Datuk Yusni Hamid, Joget Kenangan Manis (Kenny Lee) dan Taman Gemalasari yang dipersembahkan secara instrumental.

Momentum perjalanan Simfoni Putrajaya 2007 bagaikan tidak lengkap jika tidak menampilkan khazanah milik rakyat. Lantas, Simfoni Dendang Rak yat diangkat sebagai tema segmen seterusnya.

Lagu-lagu yang menjadi pilihan ialah Cenderawasih nyanyian penyanyi kalis tua, Nassier Wahab dan Suar Suir secara instrumental bersama Lim Soon Lay (erhu) dan Chan Mali Chan (Razak Rahman - klarinet).

Perkembangan pelbagai bentuk muzik tanah air yang mewakili setiap zaman mencetuskan segmen Senandung Pilihan Berzaman.

Untuk itu, lagu-lagu seperti Puteri Remaja nyanyian Andre Goh, Malam Cemerlang (Andre Goh dan Aishah), Hapuslah Air Matamu (Syafinaz) dan Sampaikan Salam Cintaku (David Arumugam) dipersembahkan kepada penonton.

Tidak lupa lagu Jauh-Jauh bersama Razak dan Madah Pujangga bersama S.Atan (akordion) yang membuai perasaan.

Mengimbau nostalgia, segmen Irama Malar Segar mengetengahkan irama klasik Barat.

Sesungguhnya, tidak boleh dinafikan lagu-lagu sedemikian tetap ada pengikutnya.

Lagu-lagu seperti Dancing Eyes, Hungarian Dance, Strangers In The Night serta Quando,Quando, Quando mewarnai segmen itu.

Seterusnya, apabila menyebut perkataan legenda, nama seniman agung Tan Sri Ramlee menjadi satu kemestian. Lantas segmen Simfoni Karya Legenda menampilkan lagu-lagu seperti Getaran Jiwa, Bawah Rumpun Bambu, Apabila Kau Tersenyum, Menceceh Bujang Lapuk dan Bila Larut Malam.

Uniknya, ia kedengaran begitu segar apabila sebahagiannya digubah dalam bentuk simfoni, pop, latin dan keroncong.

Hebat dan berkualiti

Segmen Irama Pilihan Popular pula menonjolkan mesej iaitu tanpa yang lama maka tidak ada yang baru apabila lagu-lagu Bimbang Serumpun Kasih Terbuang dendangan Nassier Wahab, Senandung Semalam (David), Permata Buat Kau Isteriku (Kopratasa) dan Terlalu Istimewa oleh Adibah Noor melengkapi segmen ini.

Segmen Simfoni Pesona Bintang pula paling mencuri perhatian apabila membuktikan negara memiliki instrumentalis bertaraf antarabangsa menerus persembahan yang berkualiti tinggi.

Peniup saksofon, Jari menghangatkan suasana dengan lagu Menghitung Hari .

Mohram tidak ketinggalan dengan flut dan rebana dengan lagu Pawana Pawaka. Kemuncaknya, gabungan Jari, Mohram dan Sham Kamikaze (gitar) menghasilkan ledakan hebat melalui lagu Hati Kama sebelum lagu rock You Like A Hurricane menutup segmen itu.

Sebagai lambang kegemilangan Putrajaya, kejayaan hebat simfoni ini diakhiri dengan lagu Gemilang Putrajaya, Putrajaya Kota Perkasa dan Gemilang Malaysia.

Namun, konsert yang diiringi Orkestra RTM seramai 70 ahli muzik profesional di bawah pimpinan dua orang konduktor muzik terkenal tanah air, Datuk Mokhzani Ismail dan Jimmy Ali bersama Koir Kebangsaan bukanlah penamat segala-galanya.

Kesinambungan permulaan cemerlang konsert simfoni itu perlu diteruskan dan wajar dijadikan acara tahunan bagi mengisi kalendar dunia hiburan dengan aktiviti bermutu tinggi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.