saya nak baca ..

SUKAN


ARKIB : 17/07/2007

Ibrahim pula letak jawatan

SUBANG – Belum reda dengan peletakan jawatan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kelmarin, badan induk itu digemparkan lagi dengan pengunduran Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad selaku Setiausaha Agung berkuat kuasa bulan depan.

Tamparan paling hebat melanda bola sepak negara ketika skuad bimbingan Norizan Bakar diaibkan oleh China apabila tewas 1-5 dan tunduk 5-0 kepada Uzbekistan disusuli pengunduran mengejut Tengku Abdullah dan sehari selepas itu, kini giliran Ibrahim pula melepaskan jawatan yang disandang dua tahun empat bulan.

Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, sebelum berlepas ke Kuantan, semalam.

‘‘Saya telah menerima surat peletakan jawatan Ibrahim. Beliau menolak untuk menyambung kontraknya selaku Setiausaha Agung FAM yang berakhir bulan depan.

‘‘Surat itu saya terima daripada beliau (Ibrahim) sewaktu berada di London.

‘‘Bagaimanapun, dalam surat tersebut tidak menyatakan dengan lanjut mengapa Ibrahim enggan menyambung kontraknya.

‘‘Saya telah menerima perletakan jawatan beliau,’’ ujarnya.

Tahun lalu, Ibrahim telah menyuarakan hasrat bahawa beliau mahu meletak jawatan bagaimanapun beliau kemudiannya tidak berbuat demikian.

Ibrahim Saad dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM pada Mei 2005 sewaktu Kongres Tahunan ke-42 badan induk itu.

Beliau dilantik menjawat jawatan tersebut bagi mengisi kekosongan apabila Datuk Dell Akhbar Khan mengemukakan surat perletakan jawatan selaku Setiausaha Agung badan induk itu pada 1 Mac 2005.

Ibrahim yang sebelum ini adalah Naib Presiden FAM memegang beberapa jawatan penting di peringkat negeri dan kebangsaan.

Antaranya ialah Pengerusi Panel Penasihat Sukan (SAP), Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) dan Presiden Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Mengulas lanjut, Sultan Ahmad Shah berkata:‘‘Ini adalah perkara biasa sama ada beliau hendak menyambung kontrak lagi atau pun tidak.’’

Begitupun, baginda mengucapkan terima kasih kepada Ibrahim sepanjang perkhidmatan beliau mengemudi badan induk itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.