saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 19/07/2007

Komen-komen hakim Mahkamah Rayuan mencemar nama Daim dan Halim Saad dipadamkan

PUTRAJAYA 19 Julai - Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad untuk memadamkan komen-komen yang didakwa telah mencemarkan nama baiknya dalam penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan melibatkan kes Metramac Corporation Sdn. Bhd, tahun lalu.

Panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan Daim dan Halim yang bertindak sebagai pihak pencelah dalam rayuan Metramac terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang telah mengarahkan syarikat itu membayar RM65 juta kepada Fawziah Holdings Sdn. Bhd. kerana hilang hak pengiklanan.

Hakim Ahmad Fairuz telah mendengar rayuan itu bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, tiga hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Hamid Mohamad, Datuk Alauddin Mohd. Sheriff dan Datuk Nik Hashim Nik Abd. Rahman

Sehubungan itu, Mahkamah Persekutuan juga dengan sebulat suara mengetepikan keseluruhan penghakiman bertulis panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dianggotai oleh Datuk Gopal Sri Ram, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Datuk Hashim Yusoff pada 12 Januari 2006.

Hakim Abdul Hamid yang membaca penghakiman bertulis setebal 17 muka surat menyatakan mahkamah itu membenarkan permohonan untuk memadamkan komen-komen yang terkandung di perenggan, 13, 16, 17, 18 dan 34 dalam penghakiman yang telah dibuat oleh Hakim Sri Ram dan dipersetujui oleh Hakim Zulkefli.

Hakim Malanjum terdahulunya membaca sebahagian daripada penghakiman setebal 121 muka surat yang memutuskan mengetepikan keseluruhan penghakiman Mahkamah Rayuan itu.

Penghakiman Mahkamah Rayuan itu disifatkan memihak ketika membuat keputusan dan mengandungi komen-komen hakim mengaitkan pihak ketiga yang tidak terlibat dalam kes itu.

Namun begitu, Hakim Malanjum berkata, Mahkamah Persekutuan telah semak keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan berpendapat bahawa responden (Fawziah Holdings) harus membuktikan hak bagi kehilangan pengiklanan untuk menuntut ganti rugi yang akan ditaksirkan oleh mahkamah tersebut.-Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.