saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/07/2007

Konsert gemilang Putrajaya

SEORANG demi seorang pejuang seni muncul di ruang yang indah terhias.

Lalu beralunlah satu per satu irama asyik menguak aroma kalbu dan kita terus kembali kepada sejarah masa lampau.

Perjuangan yang terus dikenang dan nikmat kemerdekaan yang kita terhutang, bagaikan terbias di depan mata.

Kisah-kisah yang disampaikan melalui lagu membuatkan kita asyik dan rela menanti untuk larut dalam keasyikan hidangan yang disediakan oleh tuan rumah, Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sempena menghargai kemerdekaan negara ke-50, Konsert Simfoni Putrajaya 2007 bersiaran secara langsung dari kota kegemilangan ini.

Desah-desah kebebasan, keharmonian dan rasa syukur yang berpanjangan terlahir dari suara yang aduhai, asyik sekali penangannya.

Malam itu ada Yusni Hamid, Aishah, Nassier Wahab, Syafinaz, Kopratasa dan ramai lagi.

Malah penyanyi bukan Melayu seperti David Arumugam, Kenny Lee dan Andre Goh juga tidak ketinggalan.

Persembahan ini diiringi oleh Orkestra RTM yang disertai oleh 70 ahli muzik profesional di bawah pimpinan dua orang konduktor muzik terkenal tanah air, Datuk Mokhzani Ismail dan Jimmy Ali bersama Koir Kebangsaan.

Persembahan yang indah ini berlangsung pada sebelah malam, Ahad, minggu lalu.

Malam itu juga Putrajaya berpesta lagi. Tetapi kali ini rentaknya cukup berbeza.

Di hadapan pemimpin besar dua negara, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark berserta pemimpin negara lainnya, keindahan dan nikmat rasa orang merdeka ini dilahirkan oleh para artis yang mengambil bahagian.

Seribu tetamu jemputan tentunya menikmati kepuasan yang berganda, tetapi bukan bererti ia menjadi milik mereka sahaja.

Bahkan berjuta rakyat Malaysia menjadi saksi betapa meriah dan bangganya menjadi anak Malaysia yang bebas dan merdeka.

Melalui segmen demi segmen yang tersusun rapi, menjadikan persembahan selama dua jam ini bagaikan terlalu pantas berlari.

Segmen di Atas Runtuhan Kota Melaka Didirikan Putrajaya membuka tirai dengan kocakan lembut, tetapi mesra lagu-lagunya.

Segmen Simfoni Tanah Air membawa kita menyelami semangat cintakan tahan air. Betapa cinta yang sarat dan menggunung di dada mampu membius rasa nikmat sebagai anak merdeka terbawa-bawa dengan cukup jelas dan jauh ke dalam segmen ini.

Ditambah dengan lagu Kemegahan Negaraku dan Putera-Puteri serta Bahtera Merdeka, perasaan cinta itu sungguh, bagaikan meluap-luap laksana lahar berapi.

Apatah lagi Bahtera Merdeka ditangani dengan cukup baik oleh penyanyi Aishah.

Tidak dilupakan khazanah lagu-lagu lama, segmen Simfoni Warisan Bangsa menampilkan lagu malar segar, moga-moga ia terus hidup dan subur di jiwa penggemarnya sampai bila-bila.

Bunga Tanjung didendangkan oleh Yusni Hamid, Joget Kenangan Manis (Kenny Lee) dan Taman Gemalasari pula senang diindera melalui rentak instrumental. Bersahaja, tetapi menusuk jauh ke dalam kalbu.

Nassier Wahab senang dengan lagu Cenderawasih, sesuai benar dengan suara romantiknya yang tidak pernah membuatkan kita jemu menanti diikuti dengan instrumental oleh Lim Soon Lay dan Chan Mali Can.

Selepas segmen Senandung Pilihan Zaman, Dancing Eyes, Hungarian Dance, Strangers n The Night serta Quando, Quando, Quando mewarnai segmen Irama Malar Segar klasik Barat.

Menutup tirai persembahan, pastinya mengangkat Putrajaya sebagai kota kemegahan kita bersama.

Konsert ini berakhir dengan lagu gemilang Putrajaya, Putrajaya Kota Perkasa dan Gemilang Malaysia.

Tanpa sedar jam sudah menghampiri angka 11 malam dan acara ini bakal ke penghujungnya, sedang dalam hati bagaikan tidak mencukupi apa yang sudah diberi.

Ini adalah antara usaha terbaik RTM yang tidak pernah jemu menyuburkan rasa bangga dan cinta rakyat terhadap tanah air yang satu ini.

Apa yang diharapkan, usaha RTM ini tidak dipandang sebelah mata dan matlamat yang disusun bagi memartabatkan maruah bangsa dan negara dapat bersama-sama dihayati oleh generasi muda hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.