saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 26/07/2007

Sastera Malaysia dan kejayaan J.K Rowling

KETIKA itu pertengahan musim panas, namun terdapat kabus mengaburi ruang kaca jendela. Harry Potter kanak-kanak yang mempunyai kesaktian luar biasa itu sedang gelisah di dalam biliknya di rumah Keluarga Dursley.

Dia menantikan kunjungan Profesor Dumbledore. Harry agak sukar percaya yang Profesor Dumbledore akan muncul di rumah tersebut.

Harry sebenarnya masih tertanya-tanya mengapa Profesor tua itu datang mengunjunginya. Apa yang menyebabkan beliau tidak sabar-sabar sehingga Harry pulang ke Hogwarts dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Tahun keenam Harry di Hogwarts adalah permulaan yang berbeza memandangkan dunia Muggle dan sihir mula berkecamuk. Wujud persaingan antara pemilik-pemilik kuasa sakti untuk merebut kedudukan dan hegemoni.

Kisah ini merupakan sebahagian daripada kisah Harry Potter and the Half Blood Prince oleh J.K Rowling. Ia terjual hampir 100 juta naskhah di seluruh dunia.

Sabtu lalu siri terbaru dan merupakan yang ketujuh bertajuk Harry Potter and the Deathly Hallows dipasarkan di Britain dan seluruh dunia Sabtu ini. Di Amerika Syarikat sahaja telah terjual 8.3 juta naskhah.

Enam siri Harry Potter sebelum itu terjual sekitar 325 juta naskhah terjual di seluruh dunia. Ia diterjemahkan dalam lebih 60 bahasa. Kini ia akan muncul dalam Frisia iaitu bahasa Germanik yang dituturkan kurang 400,000 penduduk di sebahagian negara Jerman dan Belanda.

Para pembaca dan pembeli terpaksa menunggu sehari di hadapan kedai-kedai buku untuk membeli naskhah berkenaan. Seolah-olah mendapatkan naskhah pertama itu sesuatu yang berprestij.

Percaya atau tidak karya-karya Rowling itu jauh meninggalkan jualan buku-buku terlaris dunia lain termasuk Little Red Book mengenai pemimpin agung China, Mao Zedong yang menjadi bahan wajib di negara itu pada penghujung 1960-an.

Malah, ia juga jauh mengatasi jumlah jualan kitab Injil selain karya popular lain seperti Da Vinci Code karya Dan Brown yang diterjemahkan dalam 44 bahasa. Novel itu `hanya’ terjual 40 juta naskhah sejak diterbitkan pada 2003.

Dalam sejarah penulisan kreatif Britain, kejayaan Rowling bukanlah yang pertama. Jauh sebelum itu karya-karya Enid Blyton, berjaya dijual melebihi 400 juta naskhah di seluruh dunia dunia.

Selain Rowling dan Blyton, ramai lagi penulis di negara itu yang mencatat kejayaan yang luar biasa dalam penulisan kreatif. Agatha Christie misalnya telah menulis 80 buah buku yang dijual melebihi dua juta naskhah.

Namun, kejayaan Harry Potter dan Rowling mewujudkan fenomena luar biasa bagi penerbitan sesebuah fiksyen remaja sejak siri pertama, Harry Potter and The Sorcerer’s Stone (1997).

Kenapa pembaca tanpa mengira peringkat umur ternanti-nanti untuk memiliki dan seterusnya membaca karya yang pada pendapat kita hanya sebuah fiksyen tentang magik, tahyul dan sama sekali tidak wujud di alam nyata?

Sehingga sirinya yang keenam, Harry Potter and the Half Blood Prince, novel-novel tersebut mempunyai jutaan peminatnya yang setia dan sentiasa menunggu nukilan terbaru Rowling.

Kita perlu bertanya, apa resipi sebenar kejayaan Rowling? Adakah imej kanak-kanak yang mempunyai kemampuan magik yang luar biasa itu atau watak-watak sakti lain itu sebagai kuncinya.

Mungkin tindakan adaptasi karya itu ke filem turut membantu. Misalnya, Harry Potter and the Order of the Phoenix (filem kelima dalam siri Harry Potter) memainkan peranan penting.

Empat filem dalam siri francais ini juga telah membawa pulangan tidak kurang daripada RM12 billion, satu kejayaan yang sangat memukau dan luar biasa.

Mungkin ini yang boleh dipelajari oleh penulis-penulis fiksyen dan pembikin filem Malaysia meskipun, bersastera dan membuat filem di Malaysia tidak pernah menjanjikan kedudukan seperti siri Harry Potter.

Setidak-tidak kita boleh mempelajari cara berkarya, pengurusan dan pemasaran karya. Apalagi di Malaysia tema tahyul, mistik dan hantu sentiasa boleh ‘dijual’.

Tapi hakikatnya walaupun kita membuat cerita-cerita hantu dan seumpamanya, filem kita tidak pernah mendapat pulangan melebihi RM10 juta. Itulah ‘kelebihan’ kegiatan seni di Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara Barat.

Apa kelemahan dan kekurangan kita sedangkan di Malaysia sedangkan ramai karyawan yang baik dan sarat dengan idea mampu menghasilkan produk seni yang baik.

Jawaban umum yang boleh saya katakan di sini ialah orang Malaysia tidak suka membaca dan masih lagi terus mengagung-agungkan karya asing walaupun kita tahu ia hanya sebuah dongeng dan cereka. Apa yang berasal dari Barat sentiasa terbaik bagi segelintir masyarakat kita.

Namun, pengarang Malaysia perlu terus belajar daripada Rowling. Jualan lebih 325 juta naskhah karyanya sejak 1997 perlu diselami. Tapi ingat kata-kata Pablo Picasso, ‘kita perlu mencontohi orang lain bukan menciplak orang lain’.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.