saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 29/07/2007

Menanti suara Islam dalam politik Britain

MEREKA dulu sebahagian daripada bangsa India yang telah dijajah oleh British selama kira-kira 300 tahun, tetapi kini layak mengundi dan menyertai kegiatan politik di ibu kota negara penjajah mereka.

Demikianlah yang berlaku dalam satu pilihan raya kecil kawasan Ealing Southall di London. Lalu akhbar Times yang melaporkan perkembangan itu mencatat secara terperinci bilangan penduduknya seperti berikut:

* 47.8% bangsa Asia

* 37.6% kulit putih

* 8.9% kulit hitam

* 35% Kristian

* 23.2% kaum Sikh

* 13.3% Islam

* 12.4% Hindu

Bilangan tersebut adalah berdasarkan banci tahun 2001, dan tentunya berubah pada tahun 2007. Laporan bermula dengan cerita mengenai pendatang dari India, kebanyakannya lelaki dan wanita Sikh dari wilayah Punjab, bermastautin di Southall.

Berita tersebut menyatakan rasa gembira Parti Konservatif kerana seorang tokoh India dari Parti Buruh, bernama Gurcharan Singh telah berpaling tadah menyertai Parti Konservatif.

Beliau dulu pernah menjadi Datuk Bandar dan timbalan yang dipertua sebuah majlis perbandaran. Gurcharan Singh menjadi calon Parti Buruh dalam dua pilihan raya, tetapi tewas. Menyertainya berpaling tadah ialah empat orang rakannya dalam Majlis Perbandaran.

Akhbar Times lantas bertanya: Apakah dengan berpaling tadah Gurcharan Singh dan rakan-rakannya itu maka sokongan di kalangan orang-orang Asia kepada Parti Buruh sedang merosot?

Mengundi

Juga ditanya: Apakah Gurcharan Singh boleh membawa kian ramai orang Sikh mengundi calon Parti Konservatif, bernama Tony Lit? Lantas disebut tentang calon berkenaan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan kacak orangnya.

Seterusnya disebut betapa Gurcharan Singh telah sekian lama menjadi jurubicara orang-orang Sikh yang kesal kerana mereka tidak begitu dihargai. Ini kerana tiada “Sikh yang berserban” pernah berjaya menang kerusi Parlimen.

Bekas Ahli Parlimen kawasan Southall ialah seorang tua bernama Pialo Khabra, juga seorang Sikh, tetapi beliau tidak berserban. Kira-kira 23 peratus pengundi Southall ialah kaum Sikh.

Kawasan Ealing Sauthall dikatakan mempunyai ramai penyokong Parti Buruh, iaitu kira-kira 1,800 orang bangsa Asia.

Calon Parti Buruh, Virendra Sharma, berumur 60 tahun, anak seorang tokoh politik Parti Kongres India. Laporan akhbar Times itu juga menginterviu seorang tokoh lama Islam, bernama Dilawar Chaudhry yang mempunyai lapan buah kedai. Beliau menjamin 1,000 undi untuk Parti Buruh.

Menjadi masalah bagi Parti Konservatif ialah gambar calon mereka bersama bekas Perdana Menteri Tony Blair dalam satu majlis kutipan derma dan beliau menderma 4,800 pound.

Menarik perhatian ialah senarai calon-calon dan nama-nama parti atau organisasi dengan nama-nama yang agak pelik:

* Nigel Bakhai (Liberal Democrat)

* John S. Cartwright (official Monster Raving Loony Party)

* Sati Chaggar (English Democrats)

* Salvinder Singh Dhillon (Respect)

* Sarah Janet Edwards (Green)

* Kuldeep Singh Grewal (Ind)

* Tony Lit (Konservatif)

* Yakub Masih (Christian Party)

* Jasdev Singh (Ind)

* KT Rajan (UK Independence Party)

* Virendra Kumar (Parti Buruh)

* Gulbash Singh (Independent)

Menjadi tandanya ialah erti “Official Monster Raving Loony Party”. Ia juga tewas.

Kadangkala disebut dalam akhbar-akhbar British bahawa “multiculturism” telah wujud di Britain kerana warganya terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, budaya iaitu bukan kulit putih yang asal saja.

Antara mereka ialah pendatang-pendatang dari India, Pakistan, Bangladesh, negeri-negeri Afrika dan West Indies yang dulu dijajah oleh British. Sejarah masa lampau terus bersambung di era pascapenjajahan.

Sementara itu bilangan orang Islam di Britain telah meningkat hingga 1.6 juta, tetapi tiada laporan setakat mana pula kegiatan mereka dalam politik untuk merebut kerusi Parlimen atau pada peringkat Majlis Perbandaran. Dalam keadaan Islam kini dimomokkan dan dikaitkan dengan keganasan maka kegiatan politik secara aktif menimbulkan kecurigaan. Bagaimana pula mereka mahu memancing undi?

Akibatnya tiada yang menyuarakan hal-hal berkaitan kepentingan warga Islam atau membela mereka manakala timbul tuduhan atau prasangka.

Menurut laporan tahunan kerajaan British, masyarakat Islam berada sejak abad ke-16. Bilangan mereka beransur-ansur meningkat, termasuk pendatang Islam dari Kenya dan Uganda di Afrika dan seterusnya dari Somalia, Iraq, Bosnia dan Kosovo.

Semoga masyarakat Islam di Britain kelak aktif dalam arena politik seperti lain-lain kaum dari agama lain.

* Penulis ialah konsultan kanan ISIS Malaysia. Pandangan penulis adalah pendapat peribadi dan tidak ada kena-mengena dengan ISIS.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.