saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 04/08/2007

Muhaizam, Anis juara Bintang Klasik Nasional

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Muhaizam Ahmad dan Anis Salwa Alaluddin masing-masing dinobatkan sebagai Juara Bintang Klasik Nasional 2007 bagi kategori lelaki dan wanita dalam pertandingan akhir Bintang Klasik Nasional 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Muhaizam, 23, dan Anis, 20, yang membawakan lagu Mengharap Sinar Menelan Kabus dan Teratai berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000, trofi dan sijil penghargaan.

Kemenangan itu membolehkan mereka mewakili negara ke peringkat akhir Bintang Klasik Nusantara 2007 melibatkan penyertaan juara dari Brunei Darussalam, Singapura dan Indonesia pada 7 September ini.

Hadiah disampaikan Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin.

Naib juara disandang Rahayudean Rahmat, 24, dan Dayangku Nurul Fattihah Umi Qalthum Pengiran Zainal Abidin, 26, yang melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, trofi dan sijil.

Bagi Mohamad Hasnul Hassan, 27 dan Nurliza Usup, 29, pula hanya mampu berpuas hati di tempat ketiga dan membawa pulang hadiah RM3,000, trofi dan sijil.

Enam peserta lain iaitu Muhaimin Azzahan, 20, Fazrul Misran, 21, Mohd. Zaidi Zen, 30, Fify Emelia Shazlin Murshaidi, 18, Eliana Marfika Mokhtarudin, 18, dan Nadia Adha Mohd. Abid, 18, turut menerima hadiah saguhati berupa wang tunai RM1,000, sijil dan trofi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.